Ramai masih belum tahu bahawa status penderma darah sebenarnya datang dengan pelbagai keistimewaan kesihatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengumuman terkini Pusat Darah Negara (PDN) mengesahkan bahawa warganegara Malaysia yang menderma darah di PDN atau mana-mana pusat kutipan darah di fasiliti KKM layak menikmati insentif khusus sebagai penghargaan atas jasa mereka menyelamatkan nyawa.
Baca juga: “Asyik Jalan Terkepit Je Bang…” Ini Sebab Lelaki Susah Nak Tahan Kencing, Memang Terkejut!
KEISTIMEWAAN JADI PENDERMA DARAH
PDN menjelaskan bahawa insentif ini ditambah baik bagi:
- Menghargai jasa dan pengorbanan para penderma darah.
- Menggalakkan penderma darah untuk menderma darah secara konsisten.
- Membudayakan pendermaan darah di Malaysia.
Menurut PDN, penderma warganegara kini layak menerima beberapa manfaat seperti kemudahan rawatan tertentu, yang bertujuan mengiktiraf usaha kumpulan ini yang selalu hadir menderma secara berkala.
Keistimewaan yang diberikan bukan sekadar penghargaan, tetapi sebagai pengiktirafan bahawa tindakan kecil seperti derma darah mampu memberi impak besar kepada masyarakat.
Walaupun penderma mungkin tidak mengenali penerima darah mereka, hakikatnya mereka adalah penyebab seseorang kembali pulih, kembali kepada keluarga dan kembali menikmati kehidupan.
Menderma darah bukan hanya soal membantu orang lain, tetapi juga membawa manfaat kepada penderma itu sendiri. Badan lebih peka terhadap tahap kesihatan, pemeriksaan berkala dapat dilakukan dan kesedaran diri terhadap kesejahteraan meningkat.
Baca juga: Petua Telan Nasi Bila Tercekik Tulang Ikan Sebenarnya Mitos! Saranan Doktor Ini Lebih Selamat

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan dan syarat kelayakan, PDN menjemput orang ramai melayari laman web rasmi mereka di www.pdn.gov.my.
Semoga lebih ramai tampil menjadi penyumbang, kerana satu tindakan kecil anda mungkin menjadi sinar harapan paling besar buat seseorang di saat genting hidup mereka.
Selamat menderma dan teruskan jadi wira tanpa jubah kepada masyarakat.
Baca juga: Jangan Malu Ini Ilmu, Masalah Zakar Mengikut Umur Dari 20an Hingga 50an, Cik Abang Kena Tahu
Sumber: Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia
FT Image: BERNAMA

