Euforia Bola 2026
Sihat

Semak Rumah Mak Ayah Selamat Atau ‘Perangkap Maut’, Ini 4 Risiko Serius Jika Jatuh Cedera Tulang Pinggul!

tulang pinggul

Satu insiden baru-baru ini mengejutkan rakyat Malaysia apabila Tun Dr.Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M mengalami tulang pinggul retak selepas terjatuh di rumah. Ramai anak muda mungkin menganggap jatuh itu perkara remeh, tapi bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah sebaliknya.

Menurut Public Health Malaysia, patah pinggul bagi warga emas boleh menjadi mimpi ngeri dan meragut nyawa!

Baca juga: Dari Mata Cekung Hingga Wajah Pucat, Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Di Wajah Yang Ramai Tak Sedar

RISIKO KECEDERAAN TULANG PINGGUL PADA WARGA EMAS

tulang pinggul

Gambar hiasan: Freepik

Kenapa doktor sangat risau bila orang tua patah pinggul? Bukan sebab tulang susah sembuh, tetapi kerana baring lama selepas patah. Dalam tempoh ini, beberapa komplikasi serius boleh berlaku.

Baring lama bawa pakej penyakit akibat patah pinggul:

  • Paru-paru Berair (Pneumonia): Baring terlalu lama menyebabkan kahak bertakung, kuman membiak, dan ini merupakan punca kematian utama pasca-jatuh.
  • Darah Beku (DVT): Peredaran darah kaki terganggu, darah beku boleh bergerak ke jantung atau paru-paru, berpotensi membawa maut.
  • Mental Down: Kemurungan sebab hilang keupayaan diri.
  • Immobility: Terpaksa baring 24 jam atau pakai pampers.

PHM juga memaklumkan kawasan rumah yang disebut sebagai “Zon Peralihan” adalah perangkap paling bahaya:

  • Dari tempat terang ke gelap, mata warga emas lambat menyesuaikan diri
  • Lantai kering ke lantai licin meningkatkan risiko tergelincir
  • Bendul atau penghadang kecil seperti sliding door pun boleh buat kaki tersangkut

Baca juga: Bangun Pagi Mulut Berbau? Bukan Salah Anda, Ini 5 Punca Ramai Tak Sedar Walaupun Dah Gosok Gigi

tulang pinggul

Langkah keselamatan di rumah untuk cegah patah tulang pinggul:

  1. Audit rumah secara menyeluruh, terutama kawasan gelap dan berisiko.
  2. Buang karpet bucunya berlipat dan licin.
  3. Ratakan bendul.
  4. Pasang lampu terang di zon peralihan dan lorong sempit.
  5. Pasang handle (grab bar) di bilik air atau ruang lain yang bersesuaian.

Mari doakan, agar Tun M cepat pulih. Tetapi kita tidak boleh lupa ibu bapa di kampung, di mana keselamatan mereka bergantung kepada langkah pencegahan yang kita ambil sekarang.

Baca juga: Terbongkar! 5 Keajaiban Tubuh Wanita Yang Diam-Diam Berfungsi Macam ‘Super Machine’

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

FT Image: Vecstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×