Euforia Bola 2026
Didik

Kerap Tukar Sekolah Boleh Jejaskan Keyakinan Diri Anak, Emosi & Akademik Akan Terganggu

PINDAH SEKOLAH

Anak kerap pindah sekolah bukan sekadar menukar alamat, si anak perlu melalui pengalaman untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, membina semula persahabatan dengan gaya pengajaran berbeza.

Proses ini boleh memberi kesan pada emosi dan pembelajaran mereka jika tidak ditangani dengan baik. Berikut merupakan kesan buruk jika anak kerap pindah sekolah.

Baca juga: Ibu Mentua Ajar ‘Perkasakan’ Anak Lelaki Dengan Didikan Nilai, Bukan Hanya Teguran Marah

ANAK KERAP PINDAH SEKOLAH, BANYAK KEBURUKANNYA

PINDAH SEKOLAH

1. Perlu sesuaikan diri semula

Setiap kali anak berpindah sekolah, mereka perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu, rakan-rakan baharu serta guru-guru yang berbeza. Proses ini pastunya bukan mudah, terutamanya bagi anak yang masih kecil dan sedang belajar membina keyakinan diri.

Apabila kerap berpindah, anak mungkin berasa letih secara emosi kerana mereka terpaksa melalui fasa “mula semula” berkali-kali terutama mencari kawan, menyesuaikan diri dan memahami peraturan sekolah yang berbeza. Bagi sesetengah anak, hal ini boleh menimbulkan tekanan dan rasa tidak selamat.

2. Kesan emosi yang tak disangka

Ibu bapa biasanya menyangka anak akan cepat menyesuaikan diri, namun jauh di sudut hati mereka mungkin ada rasa kehilangan. Mereka terpaksa meninggalkan kawan rapat, guru kesayangan dan suasana yang sudah mereka kenal.

3. Gangguan dalam pembelajaran

Setiap sekolah pastinya mempunyai kaedah pembelajaran yang tidak sama jadi, anak yang kerap bertukar sekolah mungkin akan tertinggal dalam pelajaran. Ada topik yang sudah dipelajari di sekolah lama, tetapi belum dipelajari di sekolah baharu, atau sebaliknya.

Perbezaan ini menyebabkan anak sukar menyesuaikan diri dalam akademik, seterusnya boleh menjejaskan prestasi keseluruhan mereka di sekolah.

PINDAH SEKOLAH

Freepik

4. Keyakinan diri menurun

Keburukan anak kerap pindah sekolah yang selanjutnya adalah mereka akan dianggap sebagai ‘pelajar baharu’ dan perlu berani memperkenalkan diri, mencari rakan dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.

Namun, apabila situasi ini berlaku terlalu kerap, anak boleh hilang keyakinan diri. Mereka mungkin menjadi pemalu, tidak yakin untuk berinteraksi, atau enggan mencuba perkara baharu kerana takut berdepan dengan perubahan lagi.

5. Buat pertimbangan sewajarnya

Anak kerap pindah sekolah bukanlah satu kesalahan. Kadang kala ada keadaan yang memerlukan, seperti berpindah tempat tinggal atau faktor keselamatan namun, keputusan ini perlu dibuat dengan pertimbangan yang matang.

Jika perlu berpindah, bantu anak menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan beri masa untuk dia menyesuaikan diri tanpa tekanan.

Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk menukar sekolah, ibu bapa perlu menilai dengan teliti kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan anak.

Baca juga: KPM Umum Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2026, Sesi Persekolahan Kembali Bulan Januari

Sumber: UniS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×