Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Kebakaran 5 Sekeluarga Di Raub, Bekas Pelajar MRSM Tunggu Keputusan SPM Antara Mangsa Terkorban

kebakaran di raub

Insiden kebakaran di Raub awal pagi tadi menggemparkan negara apabila lima sekeluarga, termasuk Allahyarhamah Ruby Adira Batreisya yang merupakan pelajar MRSM Bentong, turut terkorban. Tragedi berlaku di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong, sekitar jam 3.44 pagi.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi rasa dukacita beliau melalui Facebook, menzahirkan kesedihan atas kehilangan hampir seluruh ahli keluarga pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM itu.

Baca juga: [VIDEO] 7 Pemuda Gadai Nyawa Selamatkan Ibu & 2 Anak Kecil Di Tasik Biru, Anwar Ibrahim Ucap Tahniah!

BEKAS PELAJAR MRSM ANTARA MANGSA TERKORBAN KEBAKARAN DI RAUB

kebakaran di raub

Kakak arwah pelajar dan seorang adiknya terselamat

“Saya amat terkesan dan cukup dukacita atas insiden yang berlaku awal pagi tadi melibatkan seluruh keluarga Allahyarhamah Ruby Adira Batreisya binti Mohd Alawi, pelajar MRSM Bentong yang sedang menunggu keputusan SPM, terkorban dalam satu tragedi kebakaran dahsyat di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong, Raub awal pagi tadi,” tulis beliau.

Kebakaran tersebut memusnahkan 100 peratus struktur rumah dan turut melibatkan tiga kereta serta tiga motosikal yang hangus terbakar.

Menurut laporan, kakak pelajar itu terselamat kerana sedang menuntut di matrikulasi, manakala adiknya tidak berada di rumah kerana menetap di asrama SMK Dong.

“Lebih menyentuh hati, kakaknya terselamat kerana sedang menuntut di matrikulasi, manakala adiknya tidak berada di rumah kerana menetap di asrama SMK Dong.

“Pastinya ujian ini terlalu berat untuk dipikul, kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata, apatah lagi melibatkan hampir seluruh ahli keluarga,” katanya lagi.

Kejadian tragis ini bukan sahaja meninggalkan duka yang mendalam, tetapi turut menimbulkan cabaran besar kepada keluarga yang kini menjadi yatim piatu sekelip mata.

Baca juga: Tangisan Seorang Ibu… 5 Artis Wanita Malaysia Ini Diuji Kematian Anak, Kisah Yang Merobek Hati Peminat

kebakaran di raub

Dalam pada itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjanji akan menghulurkan bantuan sewajarnya dan memastikan kebajikan keluarga yang ditinggalkan diberi perhatian penuh. Dr. Asyraf menekankan bahawa sokongan moral dan praktikal amat penting dalam tempoh sukar ini.

Masyarakat juga digalakkan bersama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan doa buat kesemua mangsa yang terkorban:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُمْ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُمْ، وَاغْسِلْهُمْ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِمْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ

Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, sejahterakan dan maafkanlah mereka. Muliakan tempat tinggal mereka, lapangkan kubur mereka, bersihkanlah mereka dengan air, salji dan embun, dan sucikanlah mereka daripada segala kesalahan sebagaimana Engkau menyucikan kain putih daripada kekotoran.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Dikemaskini

Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10.

Baca juga: “Malu Sikit Kak Oi…” Individu Terima Kecaman Pertikai Ibu Baru Bersalin Minum Air Di Klinik Ketika Ramadan

Sumber: Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki / BERNAMA

FT Image: Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×