Euforia Bola 2026
Sihat

Terbongkar! 5 Keajaiban Tubuh Wanita Yang Diam-Diam Berfungsi Macam ‘Super Machine’

badan perempuan

Ramai tak sedar bahawa badan perempuan sebenarnya menyimpan pelbagai keajaiban biologi yang unik sampai saintis sendiri kagum. Disebalik keletihan, perubahan hormon dan tekanan emosi, tubuh wanita bekerja dalam senyap untuk melindungi, menyambung dan membesarkan nyawa.

Public Health Malaysia berkongsi beberapa fakta menarik yang jarang diketahui. Jom baca!

Baca juga: Doktor Dedah Bentuk Kuku Ini Tanda Awal Paru-Paru & Jantung Ada Masalah Serius, Jangan Ambil Mudah!

5 KEAJAIBAN BADAN PEREMPUAN BUAT SAINTIS KAGUM

badan perempuan

Gambar: Public Health Malaysia

1. Sel anak kekal dalam badan ibu

Semasa mengandung, sebahagian sel bayi akan meresap masuk ke dalam badan ibu. Sel ini boleh hidup bertahun-tahun di jantung, otak atau organ lain.

Maknanya, walaupun anak sudah membesar, masih ada sedikit “jejak” mereka yang tinggal dalam tubuh ibu.

2. Otak ibu berubah selepas bersalin

Selepas kehamilan dan kelahiran, struktur otak ibu berubah untuk jadi lebih peka kepada bayi. Otak belajar mengenali tangisan, bau dan pergerakan anak.

Sebab itu naluri mak sangat kuat, walaupun orang lain rasa “alah, overthinking”.

3. Rahim kecil tapi boleh mengembang luar biasa

Secara normal, rahim hanya lebih kurang sebesar penumbuk. Semasa hamil, ia boleh mengembang berkali-kali ganda untuk memuatkan bayi, uri dan air ketuban.

Lepas bersalin, rahim perlahan-lahan mengecut semula. Semua ini berlaku tanpa tuan punya badan perlu fikir apa-apa.

4. Jantung kerja lebih keras untuk dua nyawa

Semasa hamil, isipadu darah meningkat dan jantung terpaksa pam lebih kuat. Tubuh perempuan adapt supaya oksigen dan nutrien cukup untuk ibu dan bayi serentak.

Di luar nampak macam “biasa mengandung”, padahal di dalam badan sedang berlaku kerja berat setiap hari.

5. Susu badan boleh “tukar formula”  bila anak perlukan

Susu ibu bukan sekadar kenyang. Ia mengandungi antibodi, hormon dan nutrien yang boleh berubah mengikut umur, keadaan dan keperluan bayi.

Ada kajian menunjukkan bila anak tidak sihat, komposisi susu boleh berubah untuk beri lebih perlindungan.

Baca juga: Adiwira Tak Dikenali Tapi Besar Jasanya, Ini 11 Keistimewaan Rawatan KKM Beri Kepada Penderma Darah!

badan perempuan

Gambar hiasan: Jcomp

Kesimpulan

Di sebalik semua keajaiban ini, masih ramai wanita merasakan diri tidak cukup sempurna. Hakikatnya, tubuh mereka bekerja lebih banyak daripada apa yang mata dapat lihat.

Jika anda seorang wanita, ini peringatan lembut bahawa tubuh anda menyimpan kekuatan luar biasa. Jika anda seorang lelaki, inilah sebabnya wanita di sekeliling anda wajar diberikan lebih sokongan, hormat dan penghargaan.

Badan perempuan bukan sekadar bertahan, tetapi hadir sebagai sistem yang dicipta untuk menyayangi dan menyambung kehidupan.

Baca juga: “Asyik Jalan Terkepit Je Bang…” Ini Sebab Lelaki Susah Nak Tahan Kencing, Memang Terkejut!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Freepik 1, 2, 3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×