Euforia Bola 2026
Rakyat

Ini 14 Kawasan ‘Hotspot’ Gempa Bumi Di Malaysia Yang Dikenal Pasti, Pemaju Perlu Beri Perhatian!

kawasan hotspot

Beberapa kawasan hotspot atau panas gempa bumi di Malaysia telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan bagi tujuan pemantauan dan langkah keselamatan jangka panjang. Sebanyak 14 lokasi panas ini direkodkan berpotensi mengalami gegaran atau aktiviti seismik berdasarkan data semasa.

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menjelaskan bahawa kawasan tersebut dikenal pasti hasil pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa bagi memastikan sebarang aktiviti pembangunan di kawasan berisiko mengambil kira faktor keselamatan struktur bangunan.

Baca juga: Kes Rog*l Di Kelantan Meningkat, Melibatkan Hubungan Suka Sama Suka & Pilih ‘Port Di Rumah Atau Hotel Bajet!

14 KAWASAN HOTSPOT GEMPA BUMI DIKENAL PASTI DI MALAYSIA

kawasan hotspot

Gambar BERNAMA.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar – MUDA) di Dewan Rakyat, berhubung sama ada Malaysia telah mengemas kini data terkini susulan perubahan iklim dan aktiviti gempa yang semakin kerap berlaku di rantau ini.

Berikut ialah senarai 14 kawasan hotspot gempa bumi yang telah dikenal pasti di seluruh Malaysia:

  1. Ranau, Sabah
  2. Lahad Datu, Sabah
  3. Niah, Sarawak
  4. Bukit Tinggi, Pahang
  5. Janda Baik, Pahang
  6. Batang Kali, Selangor
  7. Ulu Yam, Selangor
  8. Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  9. Kenyir, Terengganu
  10. Manjung, Perak
  11. Temenggor, Perak
  12. Mersing, Johor
  13. Segamat, Johor
  14. Batu Pahat, Johor

Baca juga: Kuala Lumpur Bakal ‘Lockdown’ Penuh Minggu Depan, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47!

kawasan hotspot

Gambar BERNAMA.

Menurut Johari, pengumpulan data ini amat penting untuk digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai rujukan dalam meluluskan sebarang permohonan pembangunan di kawasan berisiko.

“Mereka perlu tengok ‘hotspot’ ini dan kita akan suruh permohonan pembangunan mengikut standard yang ada. Tapi kalau kawasan yang tidak ada dalam senarai jajaran gempa bumi ini tak payahlah kita pakai,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, dengan adanya pangkalan data yang dikemas kini, reka bentuk dan tahap ketahanan bangunan di kawasan tertentu dapat disesuaikan dengan risiko gempa bumi yang ada.

Langkah ini juga membolehkan mitigasi kejuruteraan dilaksanakan lebih awal agar impak terhadap keselamatan penduduk dapat diminimumkan.

Kerajaan berharap usaha ini dapat membantu Malaysia bersiap siaga menghadapi kemungkinan gegaran bumi berskala kecil mahupun sederhana, walaupun negara ini bukan terletak di dalam lingkaran gunung berapi utama.

Baca juga: Bakal Mentua Batal Nikah Lepas Tahu Pemuda Ini Peniaga Pasar Malam, Siap Hina “Kerja Kau Tak Ada Pencen!”

Sumber: Harian Metro

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×