Populariti animasi Malaysia, Upin & Ipin, memang tidak dapat disangkal lagi kerana ia berjaya tembus hingga ke pasaran negara tetangga. Namun, siapa sangka kartun Upin dan Ipin ini juga telah mendapat tempat di hati murid-murid di negara Korea Selatan.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sekumpulan murid-murid di Korea Selatan terhibur menonton kartun Upin & Ipin yang ditayangkan oleh seorang guru lelaki daripada Malaysia.
Baca juga: Ibu Sebak Terima Layanan Baik Anak Dari Usia 11, Rajin Hidangkan Makan Minum Ikut Perilaku Suaminya!
KARTUN UPIN DAN IPIN

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @khai_eun_woo, kelihatan murid-muridnya itu sangat khusyuk menonton Upin & Ipin.
Bahkan, kedengaran juga mereka seakan berbual sesama sendiri tentang ‘scene’ yang sedang dipertontonkan dalam animasi terbabit.
Baca juga: [VIDEO] “Mak, Adik Nak Kahwin!” Sampai Berguling Anak Tepi Jalan, Pujuk Untuk Dapat Izin
Dialog ‘2 singit, 2 singgit’ sudah diketahui murid Korea Selatan
Menurut guru tersebut di ruangan kapsyen videonya itu, para pelajarnya itu juga tahu akan dialog ‘2 singgit, 2 singgit’ yang sering disebut oleh watak Mail.
Dalam video sama, turut kedengaran gelak tawa pelajar-pelajar terbabit yang begitu terhibur dengan jalan cerita animasi Upin & Ipin itu.
@khai_eun_woo Replying to @TIRA 💞🇲🇾 Diaorang dah tau 2 singgit 2 singgit 2 singgit
Baca juga: 10 Remaja Cemas Lepas Suntik Ubat Kuat, Zakar Berubah Hitam & Dr. Terpaksa Bedah Separuh!
Khai giat mempromosikan budaya Malaysia
Menerusi satu video baru, Khai turut memperkenalkan animasi Mechamato pada murid-muridnya.
Bukan itu sahaja, dia juga dilihat banyak mempromosikan budaya Malaysia antaranya baju Melayu, tanjak, tarian ewa bulan.
Difahamkan, kedatangan Khai di sana adalah sebahagian daripada program pertukaran guru antara Malaysia dan Korea Selatan.
@khai_eun_woo Replying to @Sue Ana @MONSTA Mechamato Mechanize. Saya saja buka version BM supaya diaorang dapat kenal Bahasa Melayu jugak. #KOMTEP #KOMTEP2024 #MECHAMATO #KOREA #MALAYSIA
Baca juga: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Redah Ladang Sawit Demi Selamatkan Anak!
Sumber: Titkok @khai_eun_woo
FT Image: TikTok @khai_eun_woo
