Euforia Bola 2026
Famili

Tular Kartun Comel Ada Unsur ‘Double Meaning’, Siap Ajar Anak Rahsiakan Mak Buat Maksiat!

kartun comel

Fenomena kartun comel dalam aplikasi popular memang mudah mencuri hati anak-anak, tetapi semakin banyak laporan menunjukkan ada animasi yang menyelitkan mesej tidak sesuai secara halus.

Situasi ini mula mencetuskan kebimbangan selepas pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail menegur kandungan animasi Doffy the Dog ini disifatkan membawa unsur normalisasi maksiat dalam rumah tangga.

Baca juga: Penuntut IPT Berdepan 2 Pertuduhan, Mengaku Tak Bersalah Buat Perlakuan Intim Dengan Calon SPM Dalam Myvi

KARTUN COMEL TAPI ADA UNSUR ‘DOUBLE MEANING’

kartun comel

Tangkap layar video Doffy the Dog.

Dalam video yang dimuat naik ke Facebook, Ustaz Elyas mendedahkan adegan mengejutkan apabila seorang ibu membawa masuk lelaki lain ke bilik ketika suami tiada di rumah. Lebih merisaukan, anak kecil diarahkan supaya menyimpan rahsia tersebut daripada ayahnya.

Animasi dipersembahkan dengan lagu ceria dan visual comel, seolah-olah menggambarkan perbuatan salah itu sebagai sesuatu yang ‘biasa’ atau boleh diterima.

Menurut beliau, paparan sebegini boleh mempengaruhi kefahaman moral kanak-kanak, terutama jika mereka menontonnya berulang kali tanpa pengawasan.

“Seolah-olah menormalisasikan maksiat sejak kecil. Lagu-lagu menarik dan adegan comel boleh membuatkan anak anggap perkara itu biasa, seterusnya merosakkan institusi keluarga,” jelasnya.

Beliau menekankan bahawa ibu bapa perlu menjadi penapis pertama dalam dunia digital yang semakin tidak terkawal.

Ibu bapa turut suarakan kebimbangan

Hantaran tersebut segera menarik perhatian ramai ibu bapa yang turut berkongsi rasa terkejut dan bimbang.

“Pra-perkara maksiat diperkenalkan sejak kecil. Perlu banteras awal,” komen seorang pengguna.

“Ada kartun yang merosakkan akidah. Bukan semua animasi untuk budak selamat,” kata seorang lagi ibu.

Semakin ramai menyuarakan pendapat bahawa kartun berunsur negatif dan ‘double meaning‘ ini yang dipaparkan melalui suara dan visual comel boleh mempengaruhi minda kanak-kanak jika tidak ditapis sejak awal.

Baca juga: Main Sorok-Sorok Bertukar Tragedi, Pelajar Tingkatan 2 Maut Tak Sengaja Ditembak Rakan Dengan Bakakuk

Sementara itu, melalui penyiasatan penulis, klip video tersebut di channel YouTube @DawgStoryy mempunyai 5.6 ribu tontonan & TikTok dengan nama akaun yang sama mempunyai 8.5 juta tontonan video animasi yang tular itu.

kartun comel

Tangkap layar di akaun YouTube dan TikTok @DawgStoryy

Terdahulu, perkongsian kesedaran video animasi Doffy the Dog yang dimuat naik oleh seorang Pakar Pencengah Jenayah dikenali sebagai @shamir.rajadurai ini mula tular di media sosial.  Berikutan kandungannya yang ‘double meaning‘ sehingga mencetuskan kebimbangan umum.

 

@shamir.rajadurai pastikan kamu perhatikan apa yg anak kamu tonton online. #fyp #anak #online #safety #parents ♬ original sound – Shamir Rajadurai

Baca juga: Hampir 2 Dekad Berlalu, Permintaan Bapa Arwah Nurin Jazlin Minta Sunting Gambar Bersama Anaknya Undang Sebak

Sumber: Facebook Ustaz Elyas Ismail / TikTok @shamir.rajadurai

FT Image: Akaun media sosial @DawgStoryy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×