Euforia Bola 2026
Famili

Menteri Komunikasi Minta Cikgu Jangan Jadikan Anak Murid Sebagai Konten Di Media Sosial

KANDUNGAN MEDIA SOSIAL

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meminta agar guru tidak menjadikan pelajar sebagai bahan kandungan media sosial masing-masing.

Hal ini kerana tindakan tersebut boleh disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab, termasuk bagi tujuan jenayah seksual kanak-kanak.

Baca juga: Selalu Mengantuk Tak Kira Masa Rupanya Tanda Apnea Tidur, Kalau Biarkan Boleh Ragut Nyawa!

GURU JANGAN JADIKAN PELAJAR KANDUNGAN MEDIA SOSIAL

KANDUNGAN MEDIA SOSIAL

Freepik

Jika guru berkenaan merupakan seorang pempengaruh, dinasihatkan agar mencari kandungan media sosial yang lain. Selain isu berkaitan keselamatan, ia juga membabitkan data peribadi kerana mendedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka.

“Ia mungkin membolehkan kanak-kanak itu menjadi mangsa jenayah seksual, pengantunan kanak-kanak atau pengantunan seksual… kita nak mengelak jenayah dan masalah ini berlaku. Jadi, guru jangan benarkan imej pelajar mereka dimasukkan dalam media sosial,” katanya kepada media tempatan.

Jelasnya, guru wajar memahami trend terkini membabitkan kandungan kanak-kanak dalam media sosial supaya generasi itu dapat dikawal serta diberikan penjelasan, sekali gus tidak kecanduan dengan pengisian negatif di internet.

“Media sosial tidak sesuai untuk kanak-kanak. Menerusi jelajah itu nanti, mesej yang saya mahu sampaikan kepada guru sekolah rendah ialah agar mereka menghentikan penggunaan TikTok untuk membuat kandungan membabitkan pelajar.

“Dalam media sosial, mereka merakam serta menyimpan data dan apabila kita memasukkan kandungan, sebenarnya kita telah menyerahkan maklumat diri serta keadaan sekeliling kepada pelayan dan platform yang dimiliki kebanyakan negara asing.

“Itulah sebab kita perlu berwaspada dan tahu apa kandungan yang sesuai untuk dimasukkan dalam media sosial,” ujarnya.

Baca juga: Anak Terjebak Dengan Benda Luc** & Kecoh Satu Sekolah, Bila Ditanya Jawab “Tengok Mak Ayah”

Sumber: Bernama

Kredit imej: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×