Anastasiya Knyazeva, nama yang pernah mencuri perhatian dunia apabila digelar kanak kanak tercantik di dunia pada tahun 2017, kini membesar sebagai remaja berusia 14 tahun dengan karier yang terus bersinar.
Memiliki rupa paras cantik dengan mata biru yang memukau seperti anak patung, Anastasia menjadi bualan ramai. Malah, dia juga dilantik menjadi model untuk beberapa jenama terkemuka dunia dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram.
Baca juga: Ustaz Don Kongsi Nama Paling Baik Untuk Bagi Dekat Anak Lelaki, Ada 124,000 Pilihan!
PERNAH DINOBAT KANAK KANAK TERCANTIK DUNIA, INI WAJAH ANASTASIYA KNYAZEVA SEKARANG

Foto: Anastasiya semasa kecil.
Foto-foto terbarunya sering dimuat naik di akaun media sosial rasmi yang diuruskan oleh dirinya serta keluarganya. Antara platform yang aktif dikemas kini ialah:
- Instagram rasmi (@knyazeva_anastasiya_official) – dengan lebih sejuta pengikut, akaun ini menampilkan foto dan video terkini Knyazeva sebagai seorang remaja.
- Facebook rasmi (Anastasiya Knyazeva Official) – turut dikemas kini dengan gambar dan video, termasuk hantaran seawal Mei dan Jun 2025.

Foto terkini.
Selepas mendapat pengiktirafan global sebagai model cilik, Anastasiya tidak hanya berhenti di situ. Kariernya berkembang dalam dunia hiburan di mana pada tahun 2020, beliau meraih anugerah TEFI-Kids sebagai pengacara televisyen muda.
Aktiviti media sosialnya membuktikan Anastasiya kini aktif sebagai influencer dan personaliti awam berusia 14 tahun yang berpengaruh. Dari seorang model cilik yang terkenal kerana wajah comelnya, kini Anastasiya Knyazeva muncul sebagai remaja berbakat besar yang berjaya mengekalkan relevansi dalam dunia hiburan dan digital.
*Cantiknya persis patung Barbie yang semakin dewasa!
Baca juga:
Sumber: Instagram @knyazeva_anastasiya_official
