Euforia Bola 2026
Famili

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Lapan Pangsapuri Di Pelabuhan Klang

Terbaharu, kejadian mengejutkan dan memilukan bagi penduduk Flat Seri Perantau di Pelabuhan Klang, Selangor apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui maut.

Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah blok pangsapuri pada Jumaat kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Baca juga: Budak 2 Tahun Maut Lepas Panjat Sofa Di Balkoni, Jatuh Dari Tingkat Tujuh Pangsapuri Di Putrajaya

KANAK-KANAK MAUT JATUH TINGKAT 8 FLAT SERI PERANTAU, KLANG

flat seri perantau

Tangkap layar video.

Dalam laporan, insiden yang dipercayai berlaku di Blok J itu mengakibatkan mangsa terbaring kaku di kawasan parkir berhampiran bangunan selepas terjatuh, disedari oleh penduduk yang segera mengerumuni lokasi kejadian.

Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan suasana kelam-kabut sejurus kejadian, dengan suara seorang lelaki kedengaran memberikan maklumat ringkas:

“Tingkat lapan, tingkat lapan, budak jatuh. Meninggal budak,” katanya dalam rakaman tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Zon Merah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata penduduk dan warganet meluahkan rasa sedih dan terkejut, selain menyeru agar aspek keselamatan dipertingkatkan di kediaman bertingkat tinggi bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Pihak berkuasa dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat berhubung tragedi berkenaan.

Buat keluarga yang tinggal di perumahan jenis tinggi sebegini, diminta untuk membuat pengawasan yang lebih ketat bagi mengelakkan insiden jatuh lagi. Sangat bahaya…

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

Sumber: Kosmo, X

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×