Euforia Bola 2026
Famili

Nasib Kanak-Kanak Perempuan Ditampar Ibu Hingga Cedera ‘Dibela’ Menteri Pendidikan, Dapat Bantuan

dipukul ibu

Baru-baru ini tular satu video di laman media sosial apabila seorang wanita bergelar ibu menampar anak perempuan di hadapan pasar raya. Kanak-kanak yang dipukul ibu tersebut tersungkur dan terkena bucu kerusi sehingga cedera!

Setelah para netizen meluahkan kemarahan di atas tindakan tidak bertanggungjawab ibu ini, nasib kanak-kanak tersebut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Baca juga: Padah ‘Lempang’ Anak Sampai Cedera Kena Bucu Kerusi Di Pasar Raya, Wanita Direman Polis 6 Hari

KANAK-KANAK DIPUKUL IBU DEPAN PASAR RAYA DAPAT PERHATIAN MENTERI

dipukul ibu

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Fadhlina Sidek yang diwakili Pegawai Khas Abu Seman Mat Karim menyampaikan sumbangan di Arau, Perlis. Sumbangan itu termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu yang ditemani bapanya berusia 28 tahun serta neneknya.

Hadir sama pada sesi penyampaian sumbangan di bilik sewa ibu bapa kanak-kanak berkenaan di Jejawi itu, Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Perlis Ku Chik Ku Mat Esa.

Wakil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut hadir menyampaikan sumbangan wang tunai kepada kanak-kanak berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan itu, nenek kepada kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan kepada cucunya.

“Buat masa ini, saya yang akan jaga mereka dua beradik (kanak-kanak itu dan adik perempuannya) di Jerlun, Kedah. Cucu (mangsa) saya ini selalu pergi sana (di Jerlun). Insya-Allah, saya boleh jaga (mereka),” katanya yang merupakan nenek di sebelah bapa kanak-kanak itu.

Semalam, media melaporkan seorang pekerja kantin berusia 37 tahun direman enam hari untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas wanita itu ditahan di bilik sewanya di Jejawi pada 10 Feb.

Baca juga: Ikon Anak Istimewa Selangor Kongsi Betapa PENTINGNYA Anak Ada Kad OKU, Ini Cara Untuk Mohon

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×