Seorang kanak kanak autism lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos 2025 akhirnya ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 5.15 petang hari ini.
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi keselamatan berjaya menemui kanak-kanak tersebut di kawasan tebing sungai, kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa.
Baca juga: Kanak-Kanak Autisme Hilang Selepas Keluar Dari Rumah, Jumpa Selipar Di Kawasan Anak Sungai
KANAK KANAK AUTISM DITEMUI SELAMAT, HILANG SEJAK 24 OGOS

Menurut kenyataan pihak polis, mangsa yang dikenali sebagai Enrique telah ditemui dalam keadaan selamat dan segera dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Operasi SAR yang dilancarkan sebaik sahaja laporan kehilangan dibuat pada 4.15 petang, 24 Ogos lalu, melibatkan kerjasama erat antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat.
Pencarian turut dibantu oleh penggunaan teknologi dron yang dikendalikan oleh ahli keluarga mangsa, yang dipercayai menjadi faktor penting dalam usaha mengesan lokasi Enrique.
Pihak polis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat yang terlibat, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta orang awam yang bersama-sama membantu sepanjang operasi dijalankan.
Penemuan ini memberikan kelegaan besar kepada keluarga mangsa dan seluruh komuniti setempat, sekaligus membuktikan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam menangani situasi kecemasan seperti ini.
Baca juga: Anak Kecil Luah Rindu Baring Di Pusara Ibu & Ayah, Ramai Sayu & Sebak Bila Tengok…
Sumber: Facebook
