Kalendar Cina sudah lama digunakan sebagai salah satu cara tradisional untuk meneka jantina bayi berdasarkan umur ibu dan bulan kehamilan.
Walaupun tidak mempunyai bukti saintifik, cara ini masih menjadi pilihan ramai kerana dianggap menyeronokkan untuk cuba teka jantina anak.
Baca juga: Cara Daftar Jadi Pengikrar Penderma Organ Melalui MySejahtera, Semak Kelayakan Sebelum Hantar
KALENDAR CINA RAMAL JANTINA BAYI, HANYA UNTUK SUKA-SUKA

Magnific
Kalendar Cina ini ialah jadual khas yang digunakan untuk meramal jantina bayi berdasarkan:
- Umur ibu
- Bulan mengandung (bulan persenyawaan)
Daripada dua maklumat ni, jadual akan tunjuk sama ada bayi lelaki atau perempuan. Berikut merupakan cara guna kalendar cina berkenaan:
1. Cari umur ibu dalam jadual
Tengok bahagian tepi jadual dan cari umur ibu ketika hamil pada tahun 2026.
2. Cari bulan mengandung
Kemudian tengok bulan anda mula hamil atau bulan persenyawaan berlaku.
3. Tengok kotak pertemuan
Bila dah jumpa umur dan bulan, tengok kotak tempat kedua-duanya bertemu.
- Kalau warna biru, maksudnya ramalan bayi lelaki
- Kalau warna merah jambu, maksudnya bayi perempuan

Sebagai contoh:
Nasiha berusia 30 tahun, tarikh dia disahkan hamil pada 20 Mei 2026
- 20 Mei jatuh antara: 17 Mei – 15 Jun
- Jadi Chinese month (Lunar) = 4 (Nasiha dijangka hamil anak perempuan)
Contoh kedua:
Aimi berusia 33 tahun, Tarikh dia mula hamil pada 25 Mac 2026
- 25 Mac jatuh antara: 19 Mac 2026 – 17 April 2026
- Jadi Chinese Month (Lunar) = 2 (Aimi dijangka hamil anak lelaki)
Walaupun ramai mendakwa ramalan kalendar Cina mereka “menjadi”, hakikatnya jantina bayi tetap ditentukan secara biologi melalui kromosom ibu dan bapa.
Tiada kajian saintifik yang membuktikan kalendar ini benar-benar tepat, jadi ia lebih sesuai dianggap sebagai aktiviti santai dan hiburan bersama pasangan atau keluarga.
Apa pun jantina bayi, perkara paling penting ialah kesihatan ibu dan anak sepanjang kehamilan. Jangan terlalu tertekan atau kecewa jika ramalan tidak seperti yang diharapkan.
Kalendar Cina ini boleh dijadikan hiburan ringan, tetapi keputusan sebenar tetap hanya boleh dipastikan melalui pemeriksaan kesihatan.
Baca juga: Kadar Bayaran Deposit Masuk Wad Hospital Kerajaan, Berbeza-Beza Ikut Rawatan & Kelas
Sumber: Threads Ecaaj
