Euforia Bola 2026
Famili

Kakak Campak Adik Usia 21 Hari Dari Tingkat Empat, Rasa Cemburu Berakhir Dengan Kematian

KAKAK CAMPAK ADIK

Kes tragis melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menggemparkan dunia apabila dilaporkan kakak campak adik sendiri dari tingkap tingkat empat hingga menyebabkan kematian bayi berusia 21 hari itu.

Kejadian menyayat hati itu berlaku ketika dua beradik tersebut berada di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Difahamkan, ibu mereka meninggalkan kedua-duanya bersendirian di rumah manakala suaminya berada di tempat kerja.

Baca juga: KPM Umum Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2026, Sesi Persekolahan Kembali Bulan Januari

KAKAK CAMPAK ADIK DARI TINGKAT 4 KERANA JELES

KAKAK CAMPAK ADIK

Penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut mendakwa terdengar jeritan seorang kanak-kanak dari arah tingkat empat sebelum terlihat tubuh bayi terbaring tidak bergerak di atas tanah konkrit. Saksi berkata mereka tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa sebaik menyedari apa yang berlaku.

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut kenyataan pihak Russian Investigative Committee, satu siasatan jenayah telah dibuka berhubung kematian tragis itu. Polis sedang meneliti sama ada tindakan kanak-kanak berusia lima tahun itu berpunca daripada rasa cemburu terhadap kelahiran adik barunya.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa ibu kanak-kanak itu dikatakan pergi melawat rakannya ketika kejadian. Siasatan turut menjurus kepada kemungkinan kecuaian ibu bapa yang meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan.

KAKAK CAMPAK ADIK

Freepik

Laporan lain menyebut, kanak-kanak tersebut dikatakan berasa terganggu dengan kehadiran bayi baru di rumah dan bertindak di luar kawalan akibat perasaan cemburu.

Ketua daerah Zelenodolsk, Tatarstan, Mikhail Afanasyev, menyatakan rasa dukacita terhadap tragedi itu sambil mengingatkan ibu bapa agar sentiasa berwaspada.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyeru semua ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan, walau seketika,” katanya.

Kejadian memilukan ini dilaporkan berlaku di Vasilyevo, Rusia.

Baca juga: Nikah Sejak 1998 & 27 Tahun Belum Dikurniakan Zuriat, Terharu Baca Komen Warganet – “Assalamualaikum Ibu Ayah”

Sumber: The Sun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×