Memiliki pasangan bertatu mungkin menjadi persoalan besar bagi sebahagian individu Muslim yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.
Masyarakat hari ini sering mengaitkan tatu dengan gaya hidup moden, namun dalam Islam, ia membawa implikasi hukum yang perlu difahami dengan jelas.
Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Kupas Hukum Putuskan Hubungan Kerana Dikhianati, Boleh Atau Sebaliknya?
HUKUM KAHWIN DENGAN PASANGAN BERTATU, BOLEH KE?

Freepik
Menurut takrif Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, tatu bermaksud mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang tapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir.
Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur hidup sehingga menjadi hijau (atau warna-warna lain.) Perbuatan melakukan tatu dilaknat Allah Taala dan Rasullullah SAW dan tergolong dalam dalam dosa-dosa besar.
Berbalik kepada persoalan mengenai berkahwin dengan pasangan bertatu, itu bukan satu penghalang kerana rukun dan syarat nikah dipenuhi (tidak khitan, tiada halangan mahram, wali, saksi, mas kahwin, ijab kabul).
Muzakarah Fatwa Malaysia menyatakan:
“Nikahnya sah walaupun ada tatu. Wuduknya sah dan solatnya sah…”
Sekiranya anda mempunyai calon pasangan bertatu adalah sangat penting untuk mempertimbangkan beberapa perkara dari sudut agama. Salah satu perkara utama yang perlu difikirkan adalah syarat menjadi imam solat kerana sebagai seorang lelaki, dia perlu memimpin solat dalam rumah tangga kelak.
Dalam Islam, berkahwin dengan pasangan bertatu tidak dilarang namun pasangan perlu bertaubat, berubah ke arah yang lebih baik dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Perkahwinan dalam Islam digalakkan, apatah lagi jika ia dapat menghindarkan diri daripada fitnah atau maksiat. Maka, jika anda dan pasangan sudah bersedia dan memenuhi syarat-syarat pernikahan, maka bersegeralah menikah kerana itu lebih baik daripada melanjutkan hubungan tanpa ikatan yang sah.
Baca juga: Fenomena Blind Box Makin Tarik Minat Pembeli, Tapi Apa Hukum Sebenarnya?
Sumber: Dalam Islam
