Adakah seseorang itu akan dikenakan kaffarah sekiranya dia berjimak selepas sengaja batal puasa dengan makan dan minum? Ketahui penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: Bapa Kongsi 12 Tips Berbuka Puasa Di Masjid, Penting Untuk Individu Yang ‘1st Time’ Nak Merasa!
BATAL PUASA SENGAJA MAKAN PERLU KAFFARAH BERJIMAK

Gambar hiasan.
Pandangan Mazhab Syafie
Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan terdapat perbezaan pendapat daripada para Fuqaha’, sama ada perlu dikenakan kaffarah ataupun tidak.
Mazhab Syafie pula berpandangan tidak dikenakan kaffarah kerana perbuatan jimak itu dilakukan setelah tidak lagi berpuasa. Hal ini kerana, kewajipan kaffarah adalah melakukan jimak ketika masih lagi berpuasa.
Baca juga: Agar Tak Timbul Rasa Waswas, UAI Jelaskan Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara ‘Online’!
Tindakan guna helah untuk berjimak
Selain itu, perbuatan di dalam persoalan di atas menunjukkan individu tersebut menggunakan helah untuk membatalkan puasa melalui makan dan minun yang kemudiannya berjimak, agar tidak dikenakan kaffarah.
Helah yang digunakan ini dikategorikan sebagai helah yang diharamkan. Di mana, penggunaan helah bagi mencapai tujuan yang haram dengan cara yang diharamkan.
Ia merupakan tindakan yang sangat dimurkai oleh Allah SWT dan sangat besar dosanya. Ini kerana berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu daripada rukun Islam.
Baca juga: Dr. Ahmad Sanusi Tegaskan Jangan Normalisasi Maksiat, Tak Payah ‘Ship Couple’ Belum Kahwin
Tiada larangan berjimak pada malam bulan Ramadan
Tambahan pula, Islam tidak melarang daripada melakukan jimak pada malam bulan Ramadan. Ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran, Firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُم
Maksudnya: “Telah di halalkan buat kalian pada malam hari puasa itu untuk bersama dengan isteri kalian.” Surah al-Baqarah (187)
Sekiranya ia meninggalkan kewajipan berpuasa, maka ia meninggalkan satu daripada rukun Islam.
Said Sabiq di dalam kitabnya menukilkan kata-kata Imam Zahabi, katanya “sesungguhnya barang siapa yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah lebih buruk daripada perbuatan berzina dan meminum arak bahkan mereka ini diragukan keislamannya dan berkemungkinan kafir zindik.” (Lihat: Fiqh al-Sunnah, 1/434)
Oleh itu, bagi sesiapa yang melakukan perkara ini wajib ke atas mereka bertaubat dengan sepenuh hati, meninggalkan dosa yang dilakukan itu serta berazam tidak mengulanginya kembali.
Baca juga: Hukum Melakukan Onani (Melan***) Di Siang Hari Ramadan, Boleh Terbatal Puasa Ke?
Bentuk bayaran kaffarah
Kaffarah yang dikenakan disebabkan membatalkan puasa dengan bersetubuh adalah:
- Memerdekakan seorang hamba
- Berpuasa selama dua bulan berturut-turut sekiranya tiada hamba atau tidak mampu mendapatkannya
- Memberi makan 60 orang miskin, setiap orang secupak makanan asasi negeri berkenaan
Ia mestilah dilakukan mengikut urutan sebagaimana yang telah dijelaskan. Oleh itu, tidak boleh memilih mana-mana kaffarah kecuali sekiranya tidak mampu melakukan kaffarah yang sebelumnya.
Walaupun tidak mampu melakukannya, ia tetap menjadi tanggungjawabnya dan mesti dilaksanakan apabila mampu. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 2/364)
Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!
Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutan
FT Image: Freepik
