Euforia Bola 2026
Famili

Kadar Uruf Emas Perhiasan Tahun 2025 Untuk Setiap Negeri, Kelantan Kini Tetapkan 600 Gram

Kadar uruf emas

Kadar uruf emas di Kelantan kini ditetapkan sebanyak 600 gram selepas fatwa baharu dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri. Penetapan ini bertujuan menyeragamkan kaedah pengiraan zakat emas perhiasan agar lebih selaras dengan amalan di negeri lain serta memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat dengan tepat.

Sebelum ini, Kelantan menggunakan kaedah pengiraan zakat emas berdasarkan jumlah keseluruhan emas tanpa mengambil kira uruf. Dengan pengumuman baharu ini, hanya lebihan daripada kadar uruf 600 gram sahaja yang akan dikenakan zakat, bergantung kepada harga semasa emas dan kadar zakat yang ditetapkan.

Baca juga: Permainan Video Ganas Boleh Jejas Mental Kanak-Kanak, Jangan Biarkan Anak Kerap Main!

KADAR URUF EMAS PERHIASAN MENGIKUT NEGERI

KADAR URUF EMAS

Dalam konteks zakat emas, uruf membawa maksud had kebiasaan pemakaian emas di sesuatu negeri. Ia ditentukan berdasarkan budaya, tahap ekonomi dan amalan masyarakat setempat.

Uruf digunakan bagi membezakan antara emas yang dipakai sebagai perhiasan harian dan emas yang disimpan sebagai harta simpanan.

Jika jumlah emas yang dimiliki melebihi kadar uruf yang ditetapkan, maka lebihan tersebut dikira sebagai harta dan wajib dizakatkan.

Namun, jika jumlahnya masih dalam lingkungan uruf, maka ia tidak dikenakan zakat kerana dianggap sebagai perhiasan biasa yang digunakan secara lazim.

Sebagai contoh, jika seseorang wanita di Kelantan mempunyai 700 gram emas perhiasan, maka pengiraannya adalah seperti berikut:

Lebihan emas: 700g – 600g = 100g
Nilai zakat: 100g × harga emas semasa × 2.5%

Ini bermakna, zakat hanya dikenakan ke atas 100 gram lebihan emas tersebut, bukan ke atas keseluruhan 700 gram.

Senarai penuh kadar perhiasan berbeza mengikut negeri

Kadar uruf emas

Freepik

Setiap negeri di Malaysia menetapkan kadar uruf yang berbeza bergantung kepada kebiasaan pemakaian emas dalam kalangan penduduk setempat.

Sebagai contoh, di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan, pemakaian emas dalam jumlah besar menjadi kebiasaan, manakala di negeri lain seperti Melaka atau Sabah, kadar pemakaian emas biasanya lebih kecil.

Berikut ialah kadar uruf emas perhiasan di seluruh Malaysia bagi tahun 2025:

  • Terengganu: 850g
  • Selangor: 800g
  • Wilayah Persekutuan / Putrajaya: 800g
  • Kelantan: 600g (fatwa baharu)
  • Perak: 500g
  • Pahang: 500g
  • Johor: 425g (fatwa baharu)
  • Pulau Pinang: 250g
  • Negeri Sembilan: 200g
  • Kedah: 200g
  • Melaka: 180g
  • Sabah: 152g
  • Sarawak: 90g
  • Perlis: Tidak menggunakan sistem uruf (semua emas ≥85g dikenakan zakat)

Perbezaan kadar ini menunjukkan bahawa penetapan uruf dibuat dengan mengambil kira adat, kemampuan masyarakat dan kebiasaan pemakaian emas di setiap negeri.

Penetapan kadar uruf emas bukanlah untuk menyukarkan umat Islam, sebaliknya ia membantu masyarakat menunaikan kewajipan zakat dengan lebih adil dan tepat.

Dengan adanya kadar uruf, individu tidak akan terbeban untuk membayar zakat ke atas emas yang dipakai sebagai perhiasan harian, selaras dengan prinsip syarak yang menitikberatkan keadilan dan kemampuan seseorang.

Baca juga: Ibu Zayn Rayyan Ke Penjara Kajang Hari Ini, Suami Jerit Biar Allah Laknat Kamu Semua!

Sumber: Instaram Ustaz Ahmad Dusuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×