Amalan cuci rahim secara semula jadi semakin mendapat perhatian dalam kalangan wanita, terutamanya selepas haid atau bersalin.
Antara cara yang popular adalah dengan pengambilan jus semula jadi yang menggabungkan bahan seperti nanas, kunyit, halia dan oren. Bahan-bahan ini dipercayai membantu melancarkan peredaran darah, menyingkirkan sisa kotoran dan menyegarkan tubuh dari dalam.
Baca juga: Cara Buat Minyak Urut Untuk Hilangkan Kebas Kaki, 2 Bahan Utama Ini Memang ‘Power’!
CARA BUAT JUS UNTUK CUCI RAHIM, SESUAI UNTUK TTC

Kadang-kadang apabila haid hampir tamat, kita perasan darah menjadi berwarna coklat gelap, pekat dan mengambil masa yang lama untuk kering. Keadaan ini sememangnya boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Malah, ada juga yang masih mengalami kesan tersebut walaupun haid telah berlangsung lebih daripada seminggu.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian menarik mengenai jus “cuci rahim” yang dikatakan dapat membantu membersihkan sisa darah lama selepas haid. Jus ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti nenas, kunyit, halia, dan oren sunkist.
Bahan-bahan jus cuci rahim:
- 1 biji nanas
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- Halia sebesar ibu jari
- 2 biji oren sunkist
Cara buat jus cuci rahim:
1. Kisar semua bahan sampai halus.
2. Simpan dalam peti sejuk.
3. Jus ini boleh tahan untuk 3–4 kali minum.
Anda boleh mula minum bila haid dah nak habis Contoh kalau haid biasa 7 hari, boleh mula hari ke-4 atau ke-5. Minum 1 cawan setiap hari sampai darah haid betul-betul berhenti.
Jangan minum lagi bila haid dah kering sepenuhnya. Katanya, bila diamalkan secara konsisten, darah coklat hujung haid akan makin kurang dan badan pun rasa lebih ringan dan lega.

Namun perlu diingatkan bahawa jus ini tidak sesuai untuk wanita mengandung. Kalau ada masalah haid tidak teratur, senggugut yang teruk atau darah keluar berlebihan, lebih baik rujuk doktor dulu.
Ramai wanita menggemari jus ini kerana rasanya yang segar, tidak pahit dan sangat mudah untuk disediakan. Selain itu, semua bahannya adalah semula jadi, sekali gus membantu melancarkan peredaran darah.
Baca juga: ‘Menyamar’ Jadi Makanan Sihat Tapi Diproses, Elakkan 10 Senarai Ini Bermula Sekarang!
Sumber: Threads
