Euforia Bola 2026
Famili

JUICE Kembali Dengan Best Of 2025, Meraikan Ikon & Pencipta Budaya Malaysia

JUICE BEST OF 2025

JUICE, portal budaya pop terkemuka di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran JUICE Best Of 2025, sebuah acara tahunan yang memberi penghormatan kepada individu, artis dan lokasi yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap muzik, fesyen, gaya hidup serta acara sepanjang tahun lalu.

JUICE BEST OF 2025, PENGIKTIRAFAN IKON & WAJAH BAHARU POP MALAYSIA

JUICE BEST OF 2025

Matlamatnya masih kekal iaitu menyediakan platform untuk menonjolkan artis, pencipta dan penggerak trend yang mencabar norma lapuk dan terus membentuk identiti budaya Malaysia mengikut gaya tersendiri.

“JUICE Best Of 2025 bukan sekadar pertandingan populariti. Kami meletakkan ikon arus perdana dan bakat ‘underground’ pada kedudukan yang setara, kerana kedua-duanya menyumbang kepada perkembangan budaya walaupun melalui pendekatan berbeza,” jelas pihak editorial JUICE.

Calon yang disenaraikan tahun ini terdiri daripada perintis sebenar, suara baharu, alternatif dan pencipta genre yang memberi impak nyata terhadap perkembangan budaya pop negara.

Kategori bagi JUICE Best Of 2025 meliputi:

Music

  • Best Song
  • Best Album or EP
  • Best Band
  • Best Album Cover
  • Best Collaboration
  • Best Solo Act
  • Best New Artiste
  • Best DJ

Fashion

  • Best Designer
  • Best Streetwear Brand
  • Best Accessories
  • Best Shoes
  • Best Thrift Store

JUICE BEST OF 2025

Events

  • Best Concert
  • Best (Product) Launch
  • Best Festival

Lifestyle

  • Best Bar
  • Best Club
  • Best Live House
  • Best Cafe
  • Best Healing Spot

Grand Finale

Person of the Year – Anugerah tertinggi yang diberikan kepada individu yang paling banyak mencetuskan perbualan, mempengaruhi budaya atau memberi kesan besar sepanjang tahun.

Undian kini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan orang ramai boleh mengundi secara dalam talian dan mengikuti akaun rasmi JUICE di Instagram untuk mendapatkan kemas kini terkini, video teaser dan perkembangan sepanjang tempoh kempen.

Pada tahun lalu, JUICE menerima lebih 5,000 undian hanya dalam tempoh seminggu, membuktikan semangat dan keterlibatan komuniti budaya pop tempatan.

Edisi 2025, JUICE menjangkakan penglibatan yang lebih tinggi, interaksi lebih meriah serta sokongan lebih padu terhadap nama-nama yang mewarnai dan mendefinisikan arena budaya tahun ini.

Undian akan ditutup pada 20 Disember 2025.

Website: https://juiceonline.com/
Instagram: https://www.instagram.com/juicemy/?hl=en
Voting link/microsite: https://juiceonline.com/bestof2025/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×