Dah masuk Ramadan yang keberapa hari ni?
Macam mana dengan ibadah puasa anda? Adakah semuanya baik-baik sahaja?
Dalam penulisan kali ini, min nak kongsikan 5 perkara atau aktiviti yang anda kena buat semasa bulan Ramadan.
Kenapa kena buat semasa bulan Ramadan? Sebab semua perkara dan aktiviti ini jadikan ibadah puasa lebih istimewa dan bermakna.
1. Solat Tarawih

Kredit: Yadim
Tarawih merupakan amalan solat sunat yang dikerjakan hanya pada bulan Ramadan.
Rugi kalau anda tak buat solat Tarawih sebab ianya merupakan amalan sunat yang dituntut dalam islam. Besar pahalanya.
Lebih menarik lagi, selepas solat Tarawih selalunya ada moreh di masjid dan surau. Masa nilah anda boleh mengeratkan lagi silaturrahim dengan keluarga, jiran serta orang yang tinggal di kawasan sekitar.
2. Bersahur

Ramai dikalangan kita ambil mudah tentang bersahur.
Anda tahu tak, sahur ini adalah sunat muakkad dan ada banyak kebaikan jika anda melaksanakannya.
Ianya merupakan salah satu kaedah untuk kita menyiapkan badan kita agar ibadah puasa dapat dijalankan dengan lancar.
Sebaiknya, ambil makanan tinggi serat dan protein seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan daging semasa bersahur.
Nanti taklah anda rasa lapar atau perut masuk angin ketika berpuasa.
3. Bayar zakat fitrah

Kredit: Lembaga Zakat Selangor
Jangan lupa untuk bayar zakat fitrah juga tau! Zakat Fitrah adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Bagi anda yang layak bayar zakat fitrah, jalankan tanggungjawab anda. Bila ada kelapangan tu cepat-cepat buat bayaran, bak kata orang utara, ‘bayar awai tak kalut’.
Bukan apa, takut bila asyik bertangguh nanti lupa.
4. Pergi Bazar Ramadan

Kredit: Berita Harian
Salah satu aktiviti yang buat bulan Ramadan jadi begitu istimewa adalah Bazar Ramadan.
Kalau boleh, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Bazar Ramadan. Sekali pun takpe, sebab bila anda pergi bazar Ramadan anda akan dapat rasa kemeriahan bulan Ramadan itu sendiri.
Masa inilah anda boleh lepaskan craving nak makan juadah-juadah berbuka yang ‘rare’ dan hanya dijual pada bulan Ramadan dan pada masa yang sama kita bantu ekonomi peniaga-peniaga islam kita.
5. Berbuka dengan keluarga

Kredit: Haibunda
Salah satu perkara anda perlu buat semasa bulan puasa ni adalah luangkan masa berbuka bersama keluarga.
At least kalau hari-hari biasa anda sibuk bekerja, terpaksa berbuka diluar… Why not pada hari cuti anda tempah restoren dan bawa keluarga berbuka bersama.
Cari restoren yang selesa dan lengkap dengan surau. Mudah nak solat nanti… tak kejar-kejar
Hujung minggu adalah masa untuk keluarga atau rakan, kadang-kadang janji nak jumpa tapi sampai habis Ramadan masih tak sempat jumpa, tempah awal – di sini mereka boleh masukkan restoran atau tempat dengan kemudahan surau.
Incase, anda tak tahu dimana mudah nak berbuka dan ada surau, anda boleh singgah ke Mekdi.
Surau Mekdi lengkap dengan fasiliti asas, selesa sangat jika anda nak singgah solat Maghrib selepas berbuka atau sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
Min harap perkongsian kali ini bantu jadikan bulan Ramadan dan ibadah puasa anda lebih seronok dan bermakna.
Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan sepanjang Ramadan ini.
Selamat berpuasa semua!
