Kempen jualan berganda sentiasa dinantikan pengguna, dan untuk April ini, TikTok Shop kembali dengan 4.4 Jualan Hebat yang berlangsung dari 1 hingga 4 April 2026.
Menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk diskaun besar-besaran, penghantaran percuma tanpa had serta ganjaran tambahan, kempen ini memberi peluang kepada pengguna untuk berbelanja dengan lebih jimat.
Diskaun sehingga 70% untuk pelbagai produk

Sepanjang tempoh kempen, pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga 70% bagi pelbagai kategori produk yang ditawarkan di TikTok Shop.
Menariknya, semua produk yang terlibat adalah daripada jenama sahih, sekaligus memberikan keyakinan kepada pengguna ketika membuat pembelian.
Selain itu, kemudahan penghantaran percuma tanpa had turut ditawarkan, membolehkan pengguna membuat pembelian tanpa perlu risau tentang kos tambahan.
TikTok Shop LIVE tawar diskaun & giveaway eksklusif
TikTok Shop turut memperhebatkan kempen ini menerusi sesi LIVE yang menampilkan pelbagai jenama serta pencipta kandungan popular. Menerusi sesi ini, pengguna berpeluang menikmati 50% baucar melalui LIVE Giveaway.
Antara sesi yang dijadualkan termasuk kolaborasi bersama beberapa personaliti dan jenama terkenal sepanjang tempoh kempen berlangsung.
RM10 super deals & diskaun tambahan melalui ganjaran

Bagi pengguna yang ingin berjimat lebih, TikTok Shop turut menawarkan RM10 Super Deals, membolehkan pembelian produk pada harga yang sangat berpatutan.
Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan diskaun tambahan sehingga RM15 dengan hanya membuat carian kata kunci “44SuperSale” di platform tersebut.
Inisiatif ini memberikan nilai tambah kepada pengguna yang ingin memaksimumkan penjimatan mereka.
Ganjaran tambahan dengan pembayaran CIMB
Pengguna yang membuat pembayaran menggunakan CIMB Debit Mastercard turut berpeluang menikmati penjimatan tambahan. Antara tawaran yang disediakan termasuk diskaun RM6 bagi pembelian minimum RM60 serta RM5 bagi pembelian minimum RM10 untuk pengguna kali pertama.
Secara keseluruhannya, 4.4 Jualan Hebat TikTok Shop menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna yang ingin berbelanja secara bijak, daripada diskaun tinggi hingga ganjaran tambahan.
Jika anda berminat boleh melayari laman kempen melalui pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mula berbelanja di Tiktok Shop.
Kempen ini berlangsung dalam tempoh terhad, jadi jangan lepaskan peluang menikmati tawaran yang disediakan.
