Euforia Bola 2026
Dapur

Ada 3 Jenis Pokok Daun Kari, Guna Yang Ini Baru Masakan Lebih Sedap & Wangi

pokok daun kari

Terdapat beberapa jenis pokok daun kari yang ditanam di Malaysia dan setiap satunya mempunyai ciri serta tahap keharuman yang berbeza.

Antara jenis yang dikenali adalah urat merah, daun kecil, dan daun besar. Berikut penulis kongsikan dengan lebih mendalam mengenai ketiga-tiga jenis ini.

Baca juga: Cara Cuci Dapur Gas Guna Ubat Gigi, Sekelip Mata Warna Merah Boleh Bertukar Jadi Biru!

JENIS POKOK DAUN KARI UNTUK MASAKAN, BARU BAU WANGI

POKOK DAUN KARI

1. Urat merah

Daun kari jenis ini mempunyai urat daun yang berwarna merah.

Keistimewaan:

– Paling wangi antara semua jenis pokok kari.

–  Digemari oleh tukang masak kerana aromanya yang kuat dan menyelerakan.

– Biasanya digunakan dalam masakan tradisional seperti kari ayam atau kari kambing.

Jenis pokok daun kari ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan India kerana baunya yang memikat.

2. Daun kecil

Jenis pokok daun kari ini mempunyai daun yang lebih kecil dan halus berbanding jenis lain.

Keistimewaan:

– Bau wangi walaupun tidak sekuat urat merah.

– Sesuai untuk masakan harian dan sambal.

– Mudah dijaga dan cepat tumbuh.

Sesuai digunakan dalam pelbagai jenis lauk seperti dalca, kari sambal dan ayam berempah.

3. Daun besar

Ciri-cirinnya mempunyai daun yang lebih lebar dan besar.

Keistimewaan:

– Kurang wangi berbanding dua jenis di atas.

– Aromanya tidak begitu menyerlah apabila dimasak.

Masih boleh digunakan dalam masakan tetapi kurang ‘kick’.

Kesimpulannya, jenis pokok daun kari yang paling digemari untuk masakan adalah urat merah kerana memiliki bau yang paling harum.

Jenis daun kecil pula menjadi pilihan kedua kerana memberikan rasa dan aroma yang enak. Manakala daun besar, walaupun kurang wangi tetap digunakan dalam masakan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Pokok Durian Belanda Berbuah Lebat, Hasilnya Boleh Dapat 130 Biji Sepokok!

Sumber: Facebook Noora Sultan

Kredit imej: Kimi Merong Mahawangsa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×