Penggunaan jenis plug yang sesuai di rumah adalah penting supaya bil elektrik tidak ‘melambung’. Bukan itu sahaja, jika anda tersalah guna jenis plug untuk barang elektrik yang tidak sesuai, risiko untuk barang itu rosak dan meletup adalah sangat tinggi, bahaya!
Oleh itu, mari baca dahulu beberapa jenis dan fungsi plug yang ada di dalam rumah supaya anda tak campur semua penggunaannya sekali gus.
Baca juga: Cara Sertu Kasut Atau Barang Terkena Najis Anjing, Mudah & Jangan Risau Nak Guna Semula
7 JENIS PLUG BEZA FUNGSI ADA DALAM RUMAH, JANGAN SALAH GUNA!
Kalau perasan plug dekat rumah kita ini ada banyak jenis. Tapi tak semua plug sesuai digunakan harian. Silap guna terbakar dibuatnya dan ini merupakan penerangan bagi setiap jenis plug.
1. Direct plug

Untuk barang-barang yang kuat (heavy use) macam:
– Fridge
– Penapis air Cuckoo , Coway dan sebagainya
– Pendingin hawa (aircond)
Barang eletrik yang besar tak boleh pakai extension plug and kongsi dengan alatan elektrik yang ‘heavy use’ juga tau.
2. Extension plug

-TV
-Kipas
-Pengecaj telefon
-Penapis udara
-Pengecaj kamera
-Pengering rambut
Dan pelbagai barang elektrik yang kecil sesuai la guna extension plug. Pastikan ada lambang SIRIM lagi selamat.
3. Plug 3 pin adapter

Yang macam plug travel yang kita selalu beli tu la. Hanya sesuai untuk guna sementara macam charge phone atau charge camera. Vacuum pun boleh untuk penggunaan sementara.
4.Powercube

-TV
-Komputer
-Charger kamera, telefon dan lain-lain
Jangan sesekali guna untuk:
-Microwave
-Oven
-Aircond
Sangat bahaya! Sekarang dah canggih ada switch on off lagi. Tak bazir elektrik dah!
5. Extension dengan USB (wall socket)

Yang ni pun sama dia tak boleh guna untuk peralatan elektrik yang kuat dan berat macam aircond. Hanya sesuai untuk charger, tv yang tak sedut elektrik kuat la. Plug jenis ada cable USB ini sesuai charging sahaja.
6. Round extension box

Sesuai untuk kerja sementara. Macam nak guna drill, mesin basuh. Nak guna pastikan keluarkan semua wire sebab kalau dia bergulung dalam tu aliran elektrik tersekat and bil melambung sikit.
7. Adapter smart

Penggunaan sementara seperti cas phone, seterika. Boleh switch off melalui aplikasi dan ada timer. Boleh semak aliran elektrik juga. Kalau terlupa tutup plug ke tap saja dekat telefon dan terus off.
*Semoga bermanfaat dan hati-hati supaya tak meletup!
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
Sumber: X @zalyazahari
