Euforia Bola 2026
Famili

Jenis Lampu Kereta Yang Tarik Perhatian JPJ, Kalau Tengok Mesti Kena Saman!

jenis lampu kereta

Pemilihan jenis lampu kereta yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin menjadi-jadi. Selain dikenakan saman, lampu yang tidak mengikut peraturan boleh mengganggu pengguna jalan raya.

Bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan jenis lampu kereta seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Selama 3 Hari Di Beberapa Kawasan Semenanjung

JENIS LAMPU KERETA BOLEH KENA SAMAN JPJ, ELAKKAN

Antaranya adalah:

1. Lampu HID (High-Intensity Discharge)

JENIS LAMPU KERETA

Lampu HID yang dipasang tanpa kelulusan JPJ atau cerah yang lebih daripada 4300K, boleh menyebabkan saman. Lampu jenis ini menggunakan gas Xenon di mana mampu menghasilkan cahaya tiga kali ganda lebih terang berbanding lampu halogen.

2. Lampu LED yang tidak sah

JENIS LAMPU KERETA

Penggantian lampu halogen dengan lampu LED tanpa kelulusan boleh dikenakan tindakan, terutamanya jika ia mengganggu pandangan pemandu lain kerana terlalu silau.

3. Jenis lampu kereta – lampu strobe atau lampu berkelip

lampu strobe

Penggunaan lampu jenis ini adalah tidak dibenarkan, melainkan untuk kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis atau bomba.

Kebanyakan pengguna jalan raya mengubah suai lampu brek biasa kepada lampu brek berkelip, yang juga salah di sisi undang-undang.

4. Lampu belakang berwarna

Penggantian lampu belakang dengan warna selain merah untuk lampu brek, dan amber/oren untuk lampu isyarat membelok, adalah melanggar undang-undang.

5. Lampu tambahan (spotlight)

JENIS LAMPU KERETA

Pemasangan lampu tambahan seperti spotlight atau lampu bar LED tanpa kelulusan JPJ juga boleh dikenakan saman. Perlu diingatkan penggunaan lampu spotlight kereta hanya dibenarkan untuk kenderaan 4×4 dan digunakan semasa aktiviti off-road sahaja.

Jadi, pengguna kenderaan diharapkan dapat mematuhi peraturan dan menggunakan jenis lampu kereta yang dibenarkan oleh JPJ sahaja.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: KPM Umum Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024, Ini Maklumat Penuh

Sumber: Buzzkini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×