Euforia Bola 2026
Nur

6 Jenis Burung Yang Haram Dimakan, Jangan Ambil Ringan!

JENIS JENIS BURUNG

Dalam Islam, pemakanan adalah satu aspek penting yang perlu dipatuhi berdasarkan garis panduan syarak. Hal ini termasuklah bukan semua jenis jenis burung boleh dimakan, walaupun kelihatan tidak berbahaya.

Terdapat burung-burung tertentu yang diharamkan untuk dimakan kerana sifat, tabiat pemakanan, atau cara hidupnya yang bertentangan dengan prinsip kesucian dalam Islam.

Baca juga: Kecoh Kes Isteri Terima Hibah RM1 Juta Daripada Suami, Tapi Keluarga Mentua ‘Cabar’ Keputusan Minta Jadi Faraid!

JENIS JENIS BURUNG YANG HARAM DIMAKAN, JANGAN TERSILAP!

Berikut adalah senarai jenis jenis burung yang haram dimakan berserta sebab-sebab pengharamannya menurut pandangan para ulama dan dalil syarak:

1. Burung Hering

JENIS JENIS BURUNG

Jenis jenis burung yang haram dimakan dalam Islam adalah burung hering. Islam mengharamkan haiwan yang memakan najis atau bangkai kerana ia menjijikkan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Selain itu, burung hering juga termasuk dalam kategori burung yang tidak disembelih dengan cara sah.

2. Jenis jenis burung – Burung Merak

JENIS JENIS BURUNG

Hukum makan daging burung merak adalah haram menurut pandangan yang paling sahih di dalam mazhab al-Syafie.

Pengharaman memakannya bukan kerana sifat semula jadi burung merak yang sombong dan suka berbangga diri kerana kecantikannya akan tetapi disebabkan ia adalah binatang yang jijik menurut pandangan masyarakat arab di zaman salaf.

3. Burung Helang

JENIS JENIS BURUNG

Jenis jenis burung yang haram dimakan selanjutnya adalah burung helang yang merupakan burung pemangsa menggunakan kuku dan paruh untuk memburu.

Umum mengetahui, Nabi Muhammad SAW  melarang makan burung yang mempunyai kuku tajam untuk memburu.

4. Burung Gagak

JENIS JENIS BURUNG

Gagak adalah pemakan bangkai, najis, dan sisa kotor, ia dianggap menjijikkan dan termasuk dalam kategori burung yang diperintahkan untuk dibunuh dalam hadis sahih.

5. Jenis jenis burung – Burung Hantu

JENIS JENIS BURUNG

Burung hantu adalah burung pemangsa  (carnivor) yang memburu haiwan kecil seperti tikus dan burung lain. Ia juga aktif pada waktu malam (nokturnal) dan dikaitkan dengan sifat yang tidak bersih.

Burung hantu mempunyai kuku tajam dan paruh untuk memburu maka termasuk dalam kategori burung yang diharamkan kerana bersifat seperti haiwan buas.

6. Burung Falko Serani (Falcon/Elang/Alap-alap)

JENIS JENIS BURUNG

Burung falko serani dikategorikan dalam burung haram dimakan kerana mempunyai paruh dan kuku tajam. Sama seperti helang dan elang, ia diharamkan kerana termasuk dalam larangan burung bertaring atau berkuku tajam.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, burung yang haram dimakan adalah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan, seperti burung hering, semua jenis burung helang dan burung rajawali.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.” Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803)

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Afdal Beri Salam Ketika Ziarah Kubur, Bukan Sekadar “Assalamualaikum…”

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Bumi al-Quran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×