Mengenal pasti jenis gigitan serangga adalah penting agar anda tahu langkah sewajarnya yang perlu dilakukan. Sesetengah gigitan nampak seperti biasa tetapi sebenarnya boleh membawa kepada reaksi alahan yang serius atau jangkitan jika tidak dirawat dengan betul.
Jadi, 8 jenis gigitan serangga yang dikongsikan di bawah ini diharapkan dapat dijadikan panduan buat pembaca di luar sana.
Baca juga: Wanita Ini Tak Pernah Buang Kulit Bawang Putih, Banyak Manfaat Rupanya Bila Bakar Masa Senja!
KENAL PASTI JENIS GIGITAN SERANGGA, BUKAN HANYA SEMUT & NYAMUK

1. Nyamuk
Bentuk: Bulat, sedikit bengkak dan biasanya gatal.
Ciri khas: Ada titik merah kecil di tengah.
Reaksi umum: Agak gatal tetapi masih boleh bertahan.
2. Semut
Bentuk: Titik merah kecil dan kadang bernanah.
Ciri khas: Menyengat dan boleh menyakitkan.
Reaksi umum: Gatal dan pedih, sesetengah semut seperti semut api boleh menyebabkan lepuh kecil.
3. Kutu babi (tick)
Bentuk: Bulatan merah dengan pusat pucat atau lubang kecil.
Ciri khas: Kelihatan seperti “mata lembu” (bullseye).
Reaksi umum: Berisiko menyebabkan penyakit seperti Lyme jika tidak dikeluarkan dengan betul.
4. Pijat (bed bug)
Bentuk: Bengkak kecil merah yang berderet atau berkumpulan.
Ciri khas: Selalunya terdapat 3 gigitan berdekatan.
Reaksi umum: Gatal yang teruk, biasanya di waktu pagi selepas tidur.
5. Labah-labah
Bentuk: Bintik merah dengan kawasan sekeliling pucat atau lebam.
Ciri khas: Kadang membentuk dua titik kecil dari taring.
Reaksi umum: Boleh jadi luka serius bergantung kepada spesies selain boleh menyebabkan lepuh atau nekrosis.
6. Lebah
Bentuk: Bengkak besar, merah dan sakit.
Ciri khas: Kadang bisa masih tertinggal di kulit.
Reaksi umum: Sakit serta-merta, bengkak makin besar dalam beberapa jam dan boleh menyebabkan alergi serius (anafilaksis).
7. Kutu (lice/fleas)
Bentuk: Bintik merah kecil, kadang-kadang bertompok.
Ciri khas: Gatal yang melampau biasanya di bahagian berbulu seperti kepala.
Reaksi umum: Gatal berterusan dan boleh menyebabkan luka jika digaru berlebihan.
8. Kala jengking
Bentuk: Bengkak merah besar dan jelas.
Ciri khas: Sangat menyakitkan serta-merta.
Reaksi umum: Sakit mencucuk, boleh menyebabkan kebas, kejang otot, atau reaksi sistemik.
Baca juga: Selalu Minum Teh Tarik Pun Tak Apa, Bila Gabung Dengan Makanan Ini Bacaan Gula Tak Naik!
Sumber: Zambuk & Healthline
