Euforia Bola 2026
Dapur

6 Pilihan Popular Buah Limau Mandarin Di Pasaran & Cara Pilih Yang Manis Macam Senyuman Awak!

buah limau mandarin

Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina sering membawa pulang kegembiraan dan tradisi, termasuklah kehadiran buah limau mandarin yang menjadi simbol tuah, rezeki dan keceriaan keluarga di Malaysia.

Jadi, sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, mari ketahui jenis limau mandarin yang popular di pasaran dan cara memilih buah ini yang manis!

Baca juga: Resipi Mudah Buat Pekasam Daging, Dah Boleh Buat Sekarang Untuk Stok Lauk Ramadan!

4 JENIS BUAH LIMAU MANDARIN YANG POPULAR DI PASARAN

Berikut antara pelbagai jenis buah limau mandarin yang popular:

1. Ponkan

buah limau mandarin ponkan

Dikenali kerana isinya juicy, berperisa manis dan berkulit licin serta mudah dikupas. Gabungan rasa manis dan sedikit citrus menjadikannya pilihan popular.

2. Lukan

buah limau mandarin lukan

Kulit mudah dikupas, rasa berjus dan manis. Sesuai untuk mereka yang sukakan tekstur lembut di dalam mulut.

3. Swatow & Kinno

buah limau mandarin

Buah limau mandarin Swatow (atas) dan Kinno (bawah).

Kulit lebih tebal, rasa unik walaupun tidak seterbaik Ponkan dari segi kemanisan. Sesuai untuk penggemar mandarin yang sukakan sedikit masam.

4. Clementine & Satsuma

buah limau mandarin

Buah limau mandarin Clementine (atas) & Satsuma (bawah).

Buah kecil, mudah dikupas, tiada atau sedikit biji. Pilihan bijak untuk kanak-kanak atau mereka yang mahukan snek cepat dan manis.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Ikan Bawal Masak Kicap ‘Chinese Style’, Tak Sangka Sedap Sampai Tergamam!

CARA PILIH LIMAU MANDARIN YANG MANIS

  1. Pilih yang berat untuk saiznya – Buah yang berat biasanya lebih berjus dan matang sepenuhnya.
  2. Perhatikan warna kulit – Warna oren cerah dan sekata menandakan buah matang dan lebih manis.
  3. Kulit yang licin dan kenyal – Elak kulit berkedut keras atau terlalu berkedut kerana buah mungkin kurang segar.
  4. Elakkan tanda lembik atau bintik hitam – Tanda buah rosak atau terlalu masak yang memberi tekstur kurang sedap.
  5. Pilih varieti tiada biji atau sedikit biji – Tekstur lebih konsisten manis dan mudah dimakan.

Selain rasanya yang sedap, buah limau mandarin sering jadi sebahagian tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana bentuk bulat dan warna oren yang menyerlah memberi simbol rezeki, tuah serta keharmonian dalam perayaan bersama keluarga.

Baca juga: Usahawan Rumah Kongsi Resipi Kerepek Peria Rangup, Tak Pahit & Laku Keras Buat Berniaga Kecil-Kecilan!

Sumber: 8days.sg / homeanddecor / diabetesfoodhub.org / guide.michelin.com / people.utm

FT Image: wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×