Seorang pengguna media sosial menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman menukar jenis aircond lama kepada model inverter 5 bintang, yang dikatakan memberi penjimatan ketara pada bil elektrik rumah.
Menerusi perkongsian di sebuah kumpulan Facebook, pengguna berkenaan memaklumkan dia sebelum ini mendapatkan pandangan orang ramai mengenai cadangan menukar penyaman udara lama yang telah digunakan lebih sedekad kepada model lebih baharu bagi tujuan penjimatan tenaga.
Baca juga: “Macam Jumpa Diri Sendiri Balik” – Trend Gemini AI Tukar Gambar Dulu VS Sekarang Buat Netizen Sebak
PENGGUNA KONGSI JENIS AIRCOND MACAM INI BIL ELEKTRIK LEBIH MURAH

Selepas hampir sebulan penggunaan peralatan baharu tersebut, dia mendakwa terdapat perubahan ketara pada jumlah bil elektrik bulanannya.
Menurutnya, sebelum ini bil elektrik rumahnya mencecah sekitar RM400 hingga RM500 sebulan. Namun selepas kira-kira tiga minggu penggunaan penyaman udara baharu, jumlah tersebut didakwa menurun kepada sekitar RM100 sahaja.
Selain penjimatan kos, dia turut menyatakan bahawa tahap penyejukan di dalam bilik juga lebih cepat dan kekal selesa walaupun digunakan dalam tempoh yang panjang, iaitu sekitar 10 hingga 12 jam sehari.
“Lebih kurang sebulan lepas saya ada tanya pendapat untuk tukar AC saya yang dah berbelas tahun ke inverter 5 star untuk penjimatan electric. Ramai suggest tukar.
“Hari ni setelah hampir sebulan (~3minggu) penggunaan AC baru, bil electrik saya nampak penurunan ketara. Sebelum ini bil saya sebulan lebih kurang RM4xx-5xx. Sekarang setelah hampir sebulan (~3minggu), bil saya baru mencecah RM100,” jelasnya.

Kredit: Magnific
Dia turut menambah bahawa kesesuaian kapasiti kuasa dan saiz unit dengan ruang bilik memainkan peranan penting dalam memastikan kecekapan penyejukan serta penjimatan tenaga.
Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna lain yang berminat untuk menukar peralatan lama kepada model lebih cekap tenaga, terutamanya dalam usaha mengurangkan kos penggunaan elektrik bulanan.
“Sama macam saya, pindah rumah baru pasang AC non inveter 3 biji dari rumah lama dan 2 biji yang baru. Bil jadi tinggi berbulan-bulan (RM400-500). Akhirnya tukar satu persatu ke inverter 5 star, sekarang dah turun sekitar RM250-300,” komen pengguna Facebook.
Baca juga: 3 Prompt AI Buat Jadual Sekolah Anak Terus Jadi Cantik, Tak Perlu Susah Payah Buat Sendiri!
Sumber: Facebook SageDeer4440
