Suatu masa dahulu, jenama Tupperware adalah nama yang sinonim dengan kualiti, ketahanan dan kepercayaan. Setiap rumah pasti memiliki sekurang-kurangnya satu bekas plastik jenama ini yang dikatakan simbol kebanggaan diwarisi dari satu generasi ke generasi lain.
Namun kini, jenama itu sedang bergelut untuk kekal relevan dan terpaksa memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11.
Baca juga: Anak Kecil Luah Rindu Baring Di Pusara Ibu & Ayah, Ramai Sayu & Sebak Bila Tengok…
JENAMA TUPPERWARE MUFLIS SEBAB PRODUK TERLALU BAGUS
Ironinya, antara punca utama kejatuhan Tupperware adalah kekuatan produknya sendiri. Disebabkan bekas yang begitu tahan lama dan sukar rosak, ramai pengguna tidak perlu untuk menggantikan atau membeli baharu. Akibatnya, jualan menurun secara perlahan, dan syarikat gagal mengekalkan aliran pendapatan yang stabil.
Sewaktu pandemik melanda, Tupperware sempat menikmati peningkatan permintaan kerana lebih ramai memasak di rumah. Namun, selepas krisis kesihatan global reda, syarikat itu gagal mengekalkan momentum dan berdepan cabaran besar untuk menyesuaikan diri dengan corak perbelanjaan baharu.
Salah satu kesilapan terbesar mereka ialah terlalu lama bergantung kepada sistem jualan langsung dan pemasaran berbilang tingkat (MLM). Kaedah ini, yang dahulunya berkesan, kini dianggap ketinggalan zaman terutamanya dalam kalangan pembeli muda yang lebih selesa membeli secara dalam talian.
Tambahan pula, Tupperware lambat dalam melaksanakan strategi digital dan tidak menonjol dalam isu kelestarian, berbanding pesaing yang lebih mesra alam.
Jenama-jenama baharu mula mengambil alih pasaran dengan tawaran produk serupa yang lebih moden, mampu milik, dan mudah diakses melalui e-dagang. Dalam persaingan ini, Tupperware ketinggalan dari segi inovasi dan pemasaran.
Langkah memfailkan kebankrapan memberikan peluang kepada syarikat untuk menyusun semula kewangan dan operasi. Namun begitu, masa depan Tupperware masih belum jelas.
Adakah mereka akan berjaya melakukan transformasi, atau tersingkir terus daripada pasaran yang semakin mencabar?
Baca juga: Anak Erra Fazira Raih Keputusan Cemerlang IGCSE, Engku Aleesya Pilih Sambung A-Level
Sumber: Facebook
