Dalam satu perkongsian tular di TikTok oleh @dr1share, beliau menjelaskan secara saintifik mengapa mangsa kemalangan tidak digalakkan minum air serta-merta selepas insiden berlaku.
Menurut beliau, hal ini berkait rapat dengan fungsi hormon adrenalin yang dihasilkan oleh adrenal gland, sejenis kelenjar yang terletak di atas buah pinggang manusia.
Baca juga: Sayang Nak Buang Makanan Berkulat? Ini Sebab Jangan Buat Macam Itu – Nasihat Daripada Dr Izzar
JANGAN BAGI MINUM AIR KEPADA MANGSA KEMALANGAN

TikTok @dr1share
Apabila seseorang mengalami trauma seperti kemalangan, badan secara automatik akan berada dalam mod ‘fight or flight’, iaitu tindak balas semulajadi badan terhadap tekanan atau bahaya.
Dalam keadaan ini, tubuh menghasilkan lonjakan hormon adrenalin dan endorfin, yang menyebabkan jantung berdegup laju, pernafasan meningkat dan rasa sakit jadi kurang dirasai.
“Badan manusia mempunyai dua keadaan. Satunya dalam keadaan rest and digest, manakala satu lagi ialah fight and flight. Rest and digest adalah keadaan badan seseorang itu sedang relax dan tenang, bukan stres.
“Fight and flight pula keadaan badan menerima stres. Contohnya, terlibat dalam kemalangan atau disamun.
“Apabila badan stres, ia akan menghasilkan lonjakan adrenalin untuk melindungi diri dan bersedia untuk lawan keadaan tersebut. Di mana, degupan jantung dan pernafasan akan meningkat.
“Malah, sewaktu kemalangan anda juga tidak akan merasa sakit biarpun tubuh mengalami luka yang teruk. Hal ini kerana, hormon endorphin iaitu penahan sakit semulajadi telah dihasilkan oleh badan yang menyebabkan anda berasa kebas,” jelas @dr1share .
Baca juga: Al-Quran Bukan Sekadar Kitab Ibadah, Ada 10 Surah Terakhir Ubat Hati Luka & Jiwa Hilang Arah
Kenapa selepas kemalangan dan terus minum air menyebabkan mangsa menyembur darah?

Gambar AI
Namun, dalam situasi kemalangan besar, kemungkinan berlakunya pendarahan dalaman sangat tinggi.
Justeru, apabila air diberi secara tergesa-gesa, tubuh yang sedang berada dalam mod kecemasan mungkin akan menolak semula kandungan perut.
Di mana, menyebabkan air atau darah tersembur keluar seperti yang sering berlaku dalam kes trauma dalaman.
“Kebiasaannya, kemalangan besar akan menyebabkan pendarahan dalaman dan juga menghasilkan lonjakan adrenaline ketika di dalam situasi malang tersebut.
“Apabila berlaku pendarah dalaman, apa-apa sahaja yang dimasukkan seperti minum air akan menyebabkan ia dikeluarkan kembali disebabkan oleh mood badan yang fight and flight,” ujarnya.
Baca juga: Tak Sangka Dari Cara Parking & Gaya Bawa Kereta, Anda Boleh Tahu Tahap Mental Seseorang Itu
Betul ke tidak boleh minum langsung selepas kemalangan?
Menurut @dr1share lagi, walaupun portal kesihatan Hello Doktor menyatakan bahawa mangsa masih boleh minum air agar tidak kehausan, ia perlu dilakukan dengan sangat cermat, bukannya tergesa-gesa.
Langkah ini penting agar tidak memburukkan keadaan dalaman mangsa yang mungkin tidak disedari sedang mengalami kecederaan parah.
“Masih boleh minum air, tetapi minum dengan cermat bukannya laju agar ia tidak keluar kembali sehingga menyembur darah,” ujarnya lagi.
@dr1share Kenapa tak boleh bagi mangsa accident minum air SEBABNYA ADALAH….. This is just my THOUGHT…#dr1share #shouldbeme
Baca juga: Luka Pembedahan Masih Baru, Jangan Gelojoh Makan Ikan Haruan, Ini Penjelasan Doktor
Sumber: TikTok @dr1share / Hello Doktor
FT Image: AI
