Euforia Bola 2026
Dapur

Idea Menu Jamuan Raya Sekolah Anak, Jangan Bawa Makanan Ini Kalau Tak Nak Kena Buang!

JAMUAN RAYA

Jamuan raya merupakan pesta wajib yang diraikan setiap tahun menjelangnya bulan Syawal. Salah satu tempatnya adalah di sekolah.

Maka, para ibu akan bertungkus-lumus di dapur untuk menyediakan makanan jamuan raya sekolah anak. Melalui perkongsian Diana Rashid, terdapat beberapa jenis makanan yang tidak sesuai untuk dibawa sebagai jamuan raya disebabkan beberapa faktor.

Baca juga: 4 Subjek Utama Adik-Adik Kena Skor Waktu SPM, Markah Merit Tinggi & Senang Masuk Universiti

IBU BAGI IDEA UNTUK MENU JAMUAN RAYA ANAK

JAMUAN RAYA

Kepada mak-mak yang siapkan menu jamuan raya anak, tolong jangan bagi anak bawa:

1. Bihun/mi Goreng

Tumpah atas meja, makan bersepah dan terabur sampai cikgu yang stress kemas!

2. Kuih lembik/benyek

Contoh: kuih kaswi, seri muka, kuih lapis.

Budak akan rasa pelik bila makan kerana kuih seperti ini biasa diminati oleh golongan berumur.

3. Kek marjerin

Lebih elok sekiranya bawa kek span coklat atau brownies.

4. Biskut raya klasik

Contoh: Putu kacang, batang buruk, loyang

Biskut jenis ini pastinya menjadi hiasan di atas meja sahaja kerana tidak digemari.

5. Kari atau lauk berkuah pekat

Tak praktikal terutamanya kalau makan berdiri/atas lantai.

6. Buah potong yang cepat lebam

Contoh: pisang, epal dan buah pear.

7. Makanan pedas melampau

Contoh: Sambal pedas dan mi goreng cili api.

Cadangan alternatif yang pasti budak suka:

  • Nugget, sosej, atau popia mini (senang pegang, tak tumpah)
  • Kek cawan (cupcake comel – satu sorang, tak berebut)
  • Agar-agar berwarna-warni dalam cawan kecil
  • Sandwich comel potong kecil
  • Mini pizza
  • Buah dalam cup kecil
  • Air kotak

Diharapkan perkongsian idea menu jamuan raya ini dapat memudahkan ibu bapa di luar sana.

Baca juga: 8 Senarai Pinjaman Perniagaan Yang Anda Kena Tahu Sebelum Mulakan Bisnes

Sumber: Facebook Diana Rashid

Kredit imej: SMK Batu Kikir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×