Menerusi sebuah ceramah, Ustaz Muhaizad ada berkongsi mengenai cara jaga janggut mengikut Rasulullah SAW kerana penjagaan janggut merupakan salah satu amalan sunnah.
Namun, terdapat juga segelintir individu yang menyimpan janggut tetapi tidak menjaganya dengan baik, sehingga kelihatan tidak kemas, berserabut dan menimbulkan tanggapan negatif terhadap amalan sunnah tersebut.
Baca juga: Islam Larang Tidur Satu Selimut Walau Dengan Kawan & Keluarga, Rapat Tak Bermakna Bebas!
RUPANYA INI CARA RASULULLAH SAW JAGA JANGGUT, JANGAN BIARKAN KOTOR

Freepik
“Nabi suruh kita simpan janggut dan nipiskan misai. Maksudnya, simpan janggut itu perkara sunnah yang digalakkan. Tapi ada orang bila dah simpan janggut, dia tak jaga betul-betul.
“Ada ulama kata, Sayyidina Umar pernah berkata, “Kalau janggut aku macam ni, aku potonglah.” Maksudnya, janggut jangan sampai terlalu panjang atau kusut melebihi janggut aku yang biasa.
“Bulu yang tumbuh di pipi ini bukan sunnah. Kalau nak jaga, biarlah tumbuh di tempat yang sesuai sahaja. Kalau ada bulu tumbuh lebih, potong atau nipiskan supaya kemas. Itulah cara Rasulullah jaga janggutnya, kemas dan teratur,” jelasnya.
Menururnya, jika seseorang tidak mampu menjaga janggut dengan baik, disarankan agar memotongnya pendek supaya tidak mengundang persepsi negatif.
“Kalau kita malas nak jaga, potong sahaja anggut jangan biar panjang kusut. Tapi jangan pula suka cukur sampai habis kerana itu boleh jadi makruh atau haram. Imam Syafi’i sendiri kata, siapa yang cukur janggut sampai habis, perbuatannya itu haram. Malah, orang macam ini kalau ada anak, tak boleh jadi wali kepada anaknya sebab tidak ikut sunnah.
“Dalam mazhab kita, ada pendapat bahawa bulu di sekitar pipi itu bukan janggut sebenarnya, tetapi dipanggil jambar. Kalau kita nak kenal mazhab seseorang ulama, lihat pada bentuk janggutnya. Kalau janggutnya kemas dan tertentu bentuknya, biasanya dia dari mazhab Syafie,” ujarnya.
Jadi, kalau nak ikut sunnah nabi, cukup sekadar simpan janggut dan jaga supaya kemas dan bersih. Jangan biarkan kusut atau kotor. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bila Orang Belanja Makan, Balas Dengan Doa Mustajab Dianjurkan Rasulullah SAW Ini…
Sumber: Facebook
