Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Ini Cadang Waktu Sekolah Rendah 7.30AM-5.30PM, Mental Ibu Ayah Terjaga & Tak ‘Rushing’!

TALI LEHER

Melalui satu hantaran di media sosial milik Ainul Aqilah, dia tampil dengan idea yang mencetus perbincangan, di mana Ainul mencadangkan agar jadual waktu sekolah rendah diubah supaya selari dengan keperluan ibu bapa masa kini yang bekerja sepenuh masa.

Cadangannya adalah jadual waktu sekolah bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang, merangkumi pengajian akademik, kelas KAFA, serta pengisian rohani seperti bacaan al-Ma’thurat, solat Dhuha dan solat Zohor serta Asar secara berjemaah.

Baca juga: Sikap Ibu Bapa Jadi PUNCA Anak Membuli Di Sekolah, Tegas Tak Bertempat Akan ‘Makan’ Diri!

WANITA INI MINTA JADUAL WAKTU SEKOLAH RENDAH DIUBAH 7.30AM-5.30PM

JADUAL WAKTU SEKOLAH

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mempertimbangkan semula jadual waktu persekolahan agar lebih relevan dengan realiti semasa masyarakat moden.

Ainul turut mencadangkan agar murid-murid senior diberikan peranan untuk memimpin sebahagian aktiviti kerohanian, sekali gus memupuk nilai kepimpinan dan tanggungjawab sejak di bangku sekolah.

Dengan cara ini, ia bukan sahaja dapat memperkasakan nilai kepimpinan malah memberi ruang kepada guru sebagai pembimbing yang lebih efisien.

“Kenapa Kementerian Pendidikan tak melaksanakan waktu persekolahan rendah dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang? Termasuk sekali kelas KAFA. Diwajibkan bacaan al-Ma’thurat, solat Dhuha setiap pagi, serta solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Murid-murid senior pula diajar untuk memimpin aktiviti-aktiviti ini. 

JADUAL WAKTU SEKOLAH

Kosmo

Bayangkan betapa banyak tekanan mental ibu bapa dapat dikurangkan sebab tidak perlu lagi terkejar-kejar setiap hari untuk menghantar, mengambil anak balik sekolah dan kemudian menghantar pula ke KAFA. Ibu bapa pun dapat bekerja dengan tenang sehingga ke petang,” jelasnya.

Cadangan menukar jadual waktu persekolahan itu pastinya tidak disenangi oleh warganet dan rata-rata meninggalkan respon tegas yang mempertikaikan rasional di sebalik permintaan tersebut.

“Kenapa tak hantar anak ke sekolah rendah agama swasta? Semua yang awak mahukan dah tersedia,” komen pengguna Threads.

Baca juga: Dapat CGPA 3.83 Tapi Ditolak Universiti Kerana Autism? Bapa Pelajar OKU Tuntut Keadilan Untuk Anak!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×