Euforia Bola 2026
Didik

Jadual Penuh Peperiksaan Bertulis STAM 2025 Diumumkan, Bermula 12 Hingga 24 November

jadual peperiksaan STAM 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual peperiksaan STAM 2025 yang akan berlangsung dari 12 hingga 24 November 2025.

Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia itu akan berlangsung selama hampir dua minggu itu akan melibatkan 10 mata pelajaran utama yang dijalankan di seluruh negara.

Baca juga: KPM Umum Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2026, Sesi Persekolahan Kembali Bulan Januari

JADUAL PEPERIKSAAN STAM 2025 BERMULA 12 NOVEMBER INI

JADUAL PEPERIKSAAN STAM 2025

Calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan seawal jam 7.45 pagi bagi sesi pagi dan 2.15 petang bagi sesi petang bagi mendengar arahan daripada ketua pengawas sebelum peperiksaan bermula.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan, peperiksaan akan dimulakan pada Rabu, 12 November 2025 dengan kertas Tauhid dan Mantiq. Calon akan menduduki Kertas 1 pada jam 8.00 hingga 9.15 pagi, diikuti Kertas 2 pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada Khamis, 13 November 2025, calon akan menduduki subjek Fiqh bagi kedua-dua kertas, juga mengikut susunan masa yang sama.

Peperiksaan diteruskan pada Isnin, 17 November 2025 dengan subjek Tafsir dan Ulumuhu, manakala Selasa, 18 November 2025 pula akan berlangsung peperiksaan bagi mata pelajaran Nahu dan Sarf.

Rabu, 19 November 2025 memperlihatkan calon menduduki dua subjek iaitu Hifz Al-Quran dan Tajwid pada sesi pagi, serta Balaghah pada sesi petang.

Khamis, 20 November 2025 menyaksikan calon menghadapi kertas Insya’ dan Mutalaah pada waktu pagi, dan ‘Arudh dan Qafiyah pada sebelah petang.

Peperiksaan bertulis STAM 2025 akan berakhir pada Isnin, 24 November 2025 dengan dua subjek terakhir iaitu Hadith dan Mustolah pada sesi pagi serta Adab dan Nusus pada sesi petang.

KPM menasihatkan semua calon agar menyemak jadual dengan teliti serta hadir lebih awal ke pusat peperiksaan masing-masing. Calon juga diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri dan peralatan menulis yang lengkap bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa peperiksaan berlangsung.

Maklumat lanjut serta jadual penuh peperiksaan boleh dirujuk melalui laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

JADUAL PEPERIKSAAN STAM 2025

Baca juga: Minuman Dark Chocolate Bantu Tingkatkan Fokus & Prestasi Anak Ketika Musim Peperiksaan

Sumber: KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×