Euforia Bola 2026
Sihat

Saiz Payudara Jadi Isu Sensasi Timbul Rasa ‘Insecure’ Dengan Suami, Ini Penjelasan Dr. Izzat!

saiz payudara

Satu perkongsian dibuat dari individu tidak dikenali di ruang laman page Kisah Rumah Tangga baru-baru ini, berjaya menarik perhatian warga maya. Isu seorang isteri berkenaan perasaannya yang gusar atau insecure kerana memiliki saiz payudara yang kecil.

Katanya, perasaan itu mula timbul selepas dia berumah tangga yang baru sahaja memasuki usia tiga bulan. Namun, perasaan itu tidak pula hadir sewaktu dia membesar sebagai anak dara kerana lebih selesa dengan saiz payudara dimilikinya yang tidak menjadi tumpuan umum.

Baca juga: Bacaan Suami Isteri, Ini 3 Bahagian Badan Paling Sesuai Buat Love Bite, Boleh Cuba!

SAIZ PAYUDARA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN…

saiz payudara kecil

Gambar: racool_studio

Menurutnya, walaupun si suami menyatakan tidak kisah atas saiz payudara yang dimilikinya, namun jauh di sudut hati wanita ini beranggapan bahawa pasangannya itu pasti inginkan sebaliknya.

Isteri mana tidak mahu berikan yang terbaik buat suami tercinta, betul tak?

Baca juga: 13 Zon Sensitif (Erogenus) Lelaki, Bila Disentuh Wanita Lain Macam Reaksinya!

Saya dan suami baru 3 bulan berkahwin. Saya mempunyai masalah buah dada kecil.

Semasa gadis saya tak kesah pun mempunyai buah dada kecil sebab tak suka jadi tumpuan lelaki. Tapi bila dah berkahwin, saya insecure dengan wanita yang berbuah dada besar.

Saya selalu mengadu dengan suami, dia okay tak saya macam ini. Dia cakap dia tak kisah pun, tapi saya tahu dalam sudut hati dia pasti mahu saya miliki buah dada yang besar.

Sebagai seorang isteri, pasti mahukan yang terbaik untuk suami termasuk semasa bersama.

Thank you in advance..

saiz payudara

Gambar: Luahan seorang isteri di page Kisah Rumah Tangga

Baca juga: Wow, Isteri Memang ‘Syok’ Dibelai Pada 17 Area Badan Ini, Rahsia Yang Suami Kena Tahu!

Komen doktor sakit puan turut menarik perhatian warga maya

Menjengah di ruangan komen, perkongsian individu tersebut telah menarik perhatian seorang pengamal perubatan terkenal iaitu Doktor Muhammad Izzat yang juga merupakan seorang doktor sakit puan.

Melalui pengalamannya sebagai doktor sakit puan yang biasa menguruskan permasalahan wanita dan juga ibu mengandung, tiada lagi pesakitnya membuat aduan tentang timbulnya masalah payudara sama ada bersaiz besar mahupun kecil.

Beliau turut menyimbolkan payudara yang bersaiz duit syiling 50 sen pun masih mampu meneruskan proses menyusu badan dengan jayanya.

Tambah Izzat lagi, saiz payudara tidak menjamin kebahagiaan sepenuhnya. Malahan, saiz yang berlebihan boleh memudaratkan.

“Ada juga kes buah dada terlampau besar sehingga menghimpit bayi semasa breastfeeding, sampai jadi biru baby tu.

“Percayalah sis, size tak menjamin kebahagiaan. Malahan size yang berlebihan boleh memudaratkan. Sekian,” ulasnya dengan lebih lanjut di ruangan komen tersebut.

Jadi wanita di luar sana, bersyukurlah dengan aset yang dimiliki berada dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik.

saiz payudara

Gambar: Komen yang dibuat Doktor Muhammad Izzat di hantaran tersebut.

Baca juga: Kebaikan Berpelukan Suami Isteri, Bukan Sekadar ‘Hint’ Nak Bersama Saja…

Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×