Euforia Bola 2026
Famili

Isteri Tekad Terjun Dari Kereta Sedang Bergerak, Takut Dipukul Suami Kerana Bergaduh!

TERJUN KERETA

Seorang wanita bertindak terjun kereta yang sedang dipandu suaminya di Jalan Lencongan, semalam, selepas dipercayai bimbang keselamatannya terancam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, wanita berkenaan tampil membuat laporan polis dan mendakwa perbuatannya itu berpunca daripada rasa takut terhadap suaminya yang didakwa bersikap kasar.

Baca juga: Bayi Terjatuh Dari Baby Walker Hingga Retak Tempurung Kepala, Risiko Yang Ramai Tak Perasan

WANITA TERJUN KERETA KERANA BIMBANG DIPUKUL SUAMI

TERJUN KERETA

Menurut beliau, siasatan peringkat awal menunjukkan berlaku pertengkaran hebat di dalam kenderaan tersebut sehingga membawa kepada tindakan nekad wanita itu.

“Sebelum itu, mangsa mendakwa diseret masuk ke dalam kereta oleh suaminya ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang kira-kira jam 6 petang,” katanya.

Beliau berkata, pergaduhan antara pasangan itu berlanjutan sepanjang perjalanan, dengan mangsa berusaha melepaskan diri daripada suaminya yang dipercayai sedang marah.

“Sepanjang perjalanan itu, berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

“Namun sewaktu tiba di lokasi, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami,” ujarnya.

TERJUN KERETA

Hanyan turut mendedahkan bahawa pasangan terbabit hanya berkahwin pada Oktober 2024 namun hubungan mereka sudah tegang sejak kebelakangan ini. Mangsa juga dikatakan tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mendakwa kerap dipukul suami.

Susulan laporan yang dibuat, polis menahan suami wanita tersebut untuk direman bagi membantu siasatan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan penahanan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam satu insiden pergaduhan dengan seorang wanita di kawasan Lencongan Timur pada hari kejadian.

Baca juga: Kerap Tukar Sekolah Boleh Jejaskan Keyakinan Diri Anak, Emosi & Akademik Akan Terganggu

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×