Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isteri Pakai Susuk Di Kening & Kemaluan Demi ‘Ikat’ Suami, Menyesal Walau Setia Hingga Mati!

ISTERI PAKAI SUSUK

Menerusi laman TikTok milik Faridzuan Jamaludin, dia ada kongsikan satu kisah mengenai seorang isteri pakai susuk di kening dan kemaluan demi ‘mengikat’ suami agar sentiasa berada di sisi.

Walaupun sering dianggap sebagai amalan lama yang semakin ditinggalkan, masih ada segelintir individu yang memilih jalan ini demi memenuhi harapan tertentu.

Baca juga: Kantoi Teman Perempuan Lain Di Klinik, Suami Kena Lempang Depan Orang! “Puas Hati Tengok..”

ISTERI PAKAI SUSUK DI KEMALUAN & KENING DEMI ‘IKAT’ SUAMI

ISTERI PAKAI SUSUK

Seorang wanita berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh penyesalan selepas mengambil keputusan untuk memakai susuk ketika usianya mencecah lewat 50-an. Niat asalnya bukan untuk menunjuk, jauh sekali untuk mencari perhatian luar. Sebaliknya, dia  mengaku melakukannya kerana bimbang suami akan berpaling kepada wanita lain.

“Saya pakai untuk suami. Sampai dia meninggal, hanya setia bersama saya. Sekarang saya menyesal,” katanya.

Dia mengakui, ketika itu hatinya berat untuk percaya, namun tetap meneruskan hasrat tersebut atas dorongan individu yang memperkenalkan amalan itu kepadanya.

“Satu jarum RM20. Satu hari masukkan semua jarum dari kepala sampai kaki. Saya datang seorang sahaja. Dia kata masukkan susuk di kemaluan boleh buatkan suami rasa diri isteri muda,” ujarnya.

ISTERI PAKAI SUSUK

Tanpa pengetahuan mendalam tentang akibat dan pantang larang yang perlu dipatuhi, dia menjalani prosedur itu dengan harapan dapat mempertahankan kasih sayang dan perhatian suami.

Namun, selepas suaminya meninggal dunia, barulah dia benar-benar merasai kesannya. Rasa sesal mula menghantui kerana tiada seorang pun yang memberitahu secara jelas tentang akibat atau syarat selepas memakai susuk.

Perkongsian daripada Faridzuan Jamaludin itu pastinya menjadi satu peringatan kepada wanita, khususnya yang berhadapan dengan tekanan emosi atau kerisauan dalam hubungan rumah tangga, agar tidak memilih jalan yang bersandarkan kepercayaan yang meragukan atau tidak berpaksikan ilmu dan agama.

Niat yang baik tidak semestinya menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal yang boleh mendatangkan mudarat dari segi fizikal, mental dan rohani.

Baca juga: Pengantin Baru Pergi Konsert Inteam Pakai Baju Nikah, Nyanyi Lagu Kasih Kekasih Sambil Pegang Tangan! “Hmmm Tak Aci”

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×