Gempar hari ini apabila isteri kepada pengacara dan pelakon tanah air, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan menfailkan permohonan cerai selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.
Permohonan tersebut dilakukan hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Siti Khalizah selaku plaintif hadir ke dewan bicara pada jam 9.40 pagi dengan memakai jubah berwarna hitam.
Baca juga: Kecoh Menu Pastri Di Suka Dessert Tak Halal, Auntie Ja Akui Kesilapan Sendiri Sebab Kurang Peka..
BARU 4 BULAN KAHWIN, ISTERI FIKRY IBRAHIM FAIL CERAI

Fikry Ibrahim selaku defendan belum kelihatan di mahkamah. Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Siti Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
“Ya, tapi saya tak nampak dia lagi,” kata peguam, Wan Muhammad Afiq ketika bertanya mengenai kehadiran Fikry.
Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian dijadualkan berlangsung jam 9 pagi ini di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Media sebelum ini melaporkan Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu.
Majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup, namun tersebar disebabkan jurusolek berkongsi beberapa foto memperlihatkan Fikry bersama Siti Khalizah.

Fikry pernah berkongsi, dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan kerana enggan menghebahkan perkara belum pasti.
Menjawab dakwaan kononnya dia berkahwin dalam keadaan terpaksa kerana wajahnya kelihatan tidak ceria, Fikry menafikan persepsi tersebut.
Menurut Fikry, ekspresi wajahnya ketika itu mungkin disebabkan dia sedang memikirkan tentang tanggungjawab besar yang bakal digalas.
Fikry Ibrahim menjelaskan meskipun kini sudah bergelar suami, dia tetap perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.
Baca juga: Dendam & Sakit Hati Dengan Pengasuh, Lelaki Ini Bun*h Anak Jagaan Pengasuh Usia 1 Tahun!
Sumber: Berita Harian
