Sejak kebelakangan ini, isu di media sosial mengenai isteri buka aib suami semakin hangat diperkatakan. Hal ini kerana rata-rata dianggap sudah tidak menghormati pasangan sendiri.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dia menjelaskan bahawa seorang isteri itu tidak mencium bau syurga jika menceritakan aib suami kepada orang ramai.
Baca juga: Suami Isteri Tak Ada Kesefahaman Bukan Alasan Untuk Bercerai, Pandang Sisi Positif Macam Dr Imelda
ISTERI BUKA AIB SUAMI TAK CIUM BAU SYURGA

Kredit: Fiq Haqeem
“Ini bukan saya cakap. Ini Nabi dan para sahabat sendiri cakap. Baca sirah Nabi ismail. Terus diceraikan isteri selepas isterinya mengadu sedikit pada bapa mentuanya, Nabi Ibrahim tentang kesusahan hidup mereka,” jelasnya.
Tambahnya juga, sebagai seorang isteri ‘ladang pahala’ buat mereka apabila terus bersabar dan meluahkan hal rumah tangga di tempat yang betul bukan media sosial, ahli keluarga atau orang luar.
“Banyak aib dibuka. Konon ‘nak meluah’. Yang dah becerai pun tetap haram ceritakan aib bekas suami. Kaum isteri boleh Mengadu. Hanya kepada majlis agama, orang yang berkuasa dan bertauliah perihal agama agar boleh menuntut hak isteri. Selesaikan tanpa membuka aib pasangan.
“Bukanya mengadu dekat adik kakak, abang, media sosial dan kawan- kawan. Punya la penat dapat pahala taat, dapat pahala besabar. Akhirnya hilang sekelip mata akibat terbuka aib. Tak cium bau syurga, apatah lagi nak masuk syurga,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial baik lelaki atau wanita, menasihati antara satu sama lain supaya sentiada berjaga-jaga dalam hal ini.
“Sebenarnya boleh meluah jika ada rasa sedih, tak puas hati, dianaiya.. Ustaz pun kata boleh tapi cara yang baik adalah luah sesama pasangan. Tak boleh dengan cara ini, cari ahli keluarga yang suami hormat macam ayah, pakcik atau makcik sedara dengan niat mereka nasihat suami kita.
“Kalau tak jalan juga, mahkamah syariah, khidmat kaunseling. Berpisah dengan cara elok dan tutup aib masing-masing sebab ada anak dan keluarga. Kasihan anak bila dah besar, jadi mangsa ejekan,” komennya.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Barang siapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Semoga bermanfaat dan anda semua sentiasa mencakap percakapan.
Baca juga: Fazura Tekad Dengan Keputusan Sendiri, Mahu Berpisah Demi Maruah Wanita & Anak
Sumber: Facebook Ciperdey Azezy & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
