Euforia Bola 2026
Inspirasi

Ismail Sabri Di Usia 65 Berjaya Lulus Viva PhD, Dedah Strategi Malaysia Tangani COVID-19 Dalam Tesis!

ismail sabri

Perjuangan menimba ilmu ternyata tiada had usia apabila Dato’ Sri Dr. Ismail Sabri bin Yaakob, bekas Perdana Menteri ke-9, berjaya lulus sesi viva Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan hanya pindaan kecil.

Kejayaan ini menjadi inspirasi, terutamanya bagi mereka yang percaya bahawa pembelajaran adalah perjalanan sepanjang hayat.

Baca juga: Pencetus #JusticeForZaraQairina, Ustazah Marhamah Rosli Kini Timbalan Menteri Agama, Mari Kenali Siapa Beliau

ISMAIL SABRI LULUS VIVA PhD

ismail sabri

Gambar: Fuad Stephan

Tesis beliau bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik COVID-19, yang selari dengan pengalaman beliau ketika menerajui negara semasa krisis pandemik. Kajian ini bukan sekadar teori, malah berakar pada realiti yang pernah beliau lalui sebagai pemimpin negara.

Sesi viva voce PhD berlangsung di Bilik Viva, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) UUM, dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.

Pemeriksa luar ialah Prof. Dato’ Dr. Sivamuragan Pandian, manakala pemeriksa dalaman ialah Prof. Madya Dr. Nazariah Osman.

Jawatankuasa penyelia terdiri daripada Prof. Dr. Rusdi Omar (penyelia pertama), Prof. Madya Dr. Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw sebagai penyelia kedua dan ketiga.

Turut hadir menyambut kedatangan Ismail Sabri ialah Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor.

Walaupun lulus viva, kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan Senat Universiti.

Baca juga: Permaisuri Curi Tumpuan Beraksi Di Sukan SEA 2025, Termasuk 3 Keluarga Diraja Ini Menyerikan Temasya!

ismail sabri

Gambar: Fuad Stephan

Perjalanan akademik & inspirasi Ismail Sabri

  1. Pada usia 64 tahun, beliau kembali ke kampus untuk menuntut ilmu PhD dalam bidang Sains Politik.
  2. Tesis beliau memberi fokus kepada strategi pengurusan krisis kesihatan negara semasa pandemik COVID-19 2020–2022.
  3. Sebelum ini, beliau pernah menjawat beberapa portfolio penting termasuk Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) serta Timbalan Perdana Menteri sebelum menjadi Perdana Menteri ke-9 pada 2022.
  4. Pendidikan terdahulu: Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya, pernah bertugas sebagai peguam.

Keazaman beliau menuntut ilmu pada usia emas membuktikan bahawa pembelajaran tidak mengenal batas usia dan menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat.

Media sosial Universiti Utara Malaysia memuat naik foto Ismail Sabri sejurus selesai sesi viva, memaparkan wajah penuh lega dan kepuasan.

Beliau sendiri menulis di Instagram:

“Alhamdulillah, pengajian PhD saya telah sampai ke peringkat akhir. Terima kasih kepada para panel dan pemeriksa yang memberi cadangan penambahbaikan, serta warga UUM, keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan saya.”

Warga maya turut mengucapkan tahniah, mengiktiraf ketekunan beliau menamatkan pengajian tinggi di usia emas, sambil menekankan relevansi tajuk tesis terhadap pengalaman nyata beliau memimpin negara.

Baca juga: Ayah, Mom & Uncle Ezwan Sama-Sama Hantar Engku Aleesya Ke Oxford, Bersatu Hati & Komunikasi Matang Jadi Contoh!

Sumber: Zulaidah Md. Said (Universiti Utara Malaysia (Official FB)) / Sinar Plus / Instagram @ismailsabri60

FT Image: Fuad Stephan / Instagram @ismailsabri60

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×