Euforia Bola 2026
Famili

Hanya Berbeza Cara Masak Nasi, Ipar Duai Bermasam Muka Sampai Nak Runtuh Rumah Tangga

ipar duai

Dalam hubungan ipar duai, memang tidak dapat lari daripada perbezaan sikap, tabiat dan cara hidup. Namun, perbezaan ini tidak sepatutnya menjadi punca persengketaan, apatah lagi hingga mengancam rumah tangga.

Kisah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Nur Farina boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Nampak kecil, hanya kerana nasi, tetapi kalau tidak bijak mengurus, boleh jadi besar sampai meretakkan hubungan.

Baca juga: JKM Melaka Cari Waris Bayi Perempuan Ditinggal Di Taska, Dah 3 Bulan Berlalu Tiada Siapa Datang Ambil

KES IPAR DUAI BERMASAM MUKA KERANA NASI

ipar duai

Gambar Nur Farina Binti Abdullah

“Kita ini kalau nak hidup harmoni dalam keluarga, terutama dengan ipar duai, belajarlah untuk beralah dan bertolak ansur pada perkara kecil. Tak rugi apa pun,” demikian antara kata-kata penuh makna yang dikongsikan Nur Farina.

Nur Farina menceritakan bagaimana isu sekecil cara masak nasi menjadi punca pergaduhan. Ipar satu suka nasi lembut, ipar dua pula suka nasi keras, manakala ipar tiga enggan masak bila nasi makin habis.

Isu remeh seperti ini jika dibiarkan tanpa kawalan emosi dan kebijaksanaan, boleh menjejaskan keharmonian keluarga.

Nur Farina sendiri memilih untuk mengalah dalam hal sebegini.

Katanya, bila di rumah ipar, dia hormat cara iparnya. Bila di rumah sendiri pun, dia masih memilih untuk menjaga hati, walaupun sebenarnya dia boleh buat ikut cara sendiri.

“Kenyang juga perut kita walau nasi dikarih atau tidak. Jadi untuk apa nak berbalah hanya kerana perkara sekecil ini?” tambah beliau dengan penuh ikhlas.

Baca juga: SST 8% Mula 1 Julai, Ramai Bujang Dah ‘Panas Punggung’ Kos Kahwin Naik Harga!

ipar duai

Gambar AI

Sebenarnya, dalam hubungan ipar duai, bukan soal siapa betul atau salah pada perkara kecil, tetapi soal sejauh mana kita mampu memelihara hubungan yang baik. Ego bukan penyelesai masalah.

“Bila saya berada di dapur dia, saya masak nasi, saya tak karih sebab hormat cara dia. Bila saya di dapur saya sendiri, saya karih nasi ikut suka saya.”

Hormat-menghormati, berlapang dada dan bijak bertolak ansur jauh lebih penting dalam mengekalkan keharmonian.

“Tapi! Bila dia berada di dapur saya dan kami masak nasi, saya memilih untuk tidak karih walau itu adalah dapur saya.
“Sebab bagi saya, biar dia selesa selama berada di dapur saya sebab dia bukan hari-hari berada di dapur saya.
“Paling paling seminggu lepas itu dia balik dah dan saya bebas kembali nak buat cara yang saya suka dan selesa,” ujar Nur Farina.

Dalam hidup berkeluarga, khususnya bersama ipar duai, kesabaran dan sikap mengalah pada perkara remeh boleh jadi kunci kebahagiaan bersama.

“Tak guna kita pegang cara kita konon itu paling betul, tapi akhirnya hubungan ipar duai jadi renggang. Biar kita menang hati keluarga, bukan menang bertegang urat,” penutup kata yang cukup menyentuh hati dari kisah ini.

Semoga kita semua belajar sesuatu daripada kisah ini.

Baca juga: Ramai Tersentuh Tengok Tangisan Si Kecil Ini, Sebut Arwah “Mama, Papa…” Di Majlis Kahwin!

Sumber: Nur Farina Binti Abdullah

FT Image: Nur Farina Binti Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×