Euforia Bola 2026
Inspirasi

Impian Pemuda Nak Jejak Masjid Kristal Tercapai, Walaupun Berjahit 11 Luka Akibat Kemalangan

impian sejak kecil

Impian sejak kecil untuk melihat Masjid Kristal akhirnya menjadi kenyataan buat seorang anak muda dari Johor, meskipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan termasuk kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya luka parah dan menerima 11 jahitan.

Perjalanan Muhd Irfan Muazzam bersama tujuh rakannya ke Terengganu bukan sekadar lawatan biasa.

Baca juga: 10 Adik-Beradik Tukang Sendiri, DIY Satu Rumah Mak Ayah Mereka & Hasilnya Buat Mata Tak Berkelip!

KESUNGGUHAN PEMUDA INI DIPUJI, AKHIRNYA IMPIAN SEJAK KECILNYA TERCAPAI

impian sejak kecil

TikTok @muazzamirfn

Walau cedera Irfan tetap gagahkan diri ke masjid

Selain mahu menjejakkan kaki ke Masjid Kristal, Irfan Muazzam juga berhasrat untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), secara langsung.

Namun, di pertengahan perjalanan, iaitu di Pahang, mereka terlibat dalam kemalangan. Irfan mengalami kecederaan teruk hingga terpaksa dirawat di hospital dan menerima 11 jahitan luka.

Walaupun masih belum sembuh dan darah masih basah di kakinya, Irfan tetap meneruskan niatnya.

Dengan berjalan terhincut-hincut, dia tetap melangkah masuk ke Masjid Kristal, lantas menitiskan air mata sebaik menyaksikan sendiri masjid yang diimpikannya sejak kecil.

Namun, hasrat untuk mendengar ceramah UAI secara langsung tidak kesampaian yang menimbulkan rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan pendakwah kesayangannya.

Baca juga: Dibesarkan Ibu Tunggal Penoreh Getah, Anak Kaum Jakun ‘4 Flat’ STPM Bakal Ke Universiti Manchester!

Rezeki tidak salah alamat

impian sejak kecil

TikTok @muazzamirfn

Kisah kecekalan Irfan yang tular di media sosial menarik perhatian stesen radio Molek FM, yang kemudiannya menjemputnya untuk berkongsi kisah perjuangannya. Dalam sesi itu, Irfan mengakui impian utamanya adalah untuk bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus.

Tanpa diduga, Molek FM mengambil inisiatif mengaturkan pertemuan antara Irfan dan UAI. Impian yang selama ini terbuku akhirnya tercapai.

Akhirnya, Irfan dapat bertentang mata, bersalam dan berbicara dengan pendakwah yang telah lama menjadi idolanya.

Perkongsian menyentuh hati ini dimuat naik oleh Mohd Fadli Salleh di Facebook, disambut baik oleh ramai warga maya yang turut tersentuh dengan semangat dan kesungguhan anak muda tersebut.

“Alhamdulillah. Suka tengok vibe begini. Anak muda yang sukakan masjid, suka alim ulama.
Moga terus maju jaya dik. Terima kasih Molek FM aturkan pertemuan dengan UAI,” tulis Mohd Fadli Salleh.

@muazzamirfn

manjadda -🤲🏻#fyp #r25v1 #quotes #xyzbca #masjidkristal

♬ Terlanjur Cinta – Rossa

Baca juga: Lima Atlet Cilik Malaysia Memanah Berkuda Ukir Sejarah, Raih Gelaran Juara (9 Emas) & 1 Rekod Dunia!

Sumber: Mohd Fadli Salleh / TikTok @muazzamirfn

FT Image: TikTok @muazzamirfn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×