Euforia Bola 2026
Nur

Tak Salah Berikhtiar, Ini Cara Buat Air Penawar Untuk Tenangkan Diri & Anak Sebelum Tidur

AIR PENAWAR

Dalam kehidupan seharian, air penawar sering menjadi pilihan ramai untuk diamalkan sebagai bentuk doa dan ikhtiar, termasuk ketika anak kecil mengalami gangguan tidur atau kelihatan gelisah.

Air penawar merupakan air yang dibaca doa serta ayat-ayat al-Quran sebagai ikhtiar memohon perlindungan dan kesembuhan daripada Allah SWT.

Baca juga: Ibu-Ibu Kongsi Tips Basuh Baju Sekolah Anak, Kotoran Degil & Bau Hapak Hilang Sekelip Mata!

AIR PENAWAR UNTUK TENANGKAN DIRI & ANAK

AIR PENAWAR

Kredit: Magnific

Salah satu amalan yang sering dikongsikan ialah menyediakan air penawar yang dibacakan beberapa ayat dan zikir sebelum diminum atau disapu pada badan anak.

Sediakan:

  • Segelas air suam
  • Secubit garam

Masukkan garam ke dalam air suam, kemudian bacakan:

  • Surah Al-fatihah (1 kali)
  • Selawat Syifa (3 kali)
  • Surah Al-Ikhlas (3 kali)
  • Zikir  (Laa haula walaa quwwata illa billaah)

Selepas selesai membaca, air tersebut boleh diminum sebelum tidur sebagai satu bentuk ikhtiar dan doa kepada Allah SWT.

1. Boleh disapu pada badan anak

Bagi bayi atau kanak-kanak yang kerap menangis pada waktu malam atau kurang selesa ketika demam, ada yang mengamalkan menyapu sedikit air yang telah dibacakan doa tadi pada muka serta seluruh badan, khususnya di bahagian belakang badan.

Amalan ini dilakukan dengan harapan agar Allah SWT mengurniakan ketenangan dan kesembuhan kepada anak.

AIR PENAWAR

2. Amalkan sebagai ikhtiar

Ada juga yang berkongsi pengalaman berasa lebih tenang selepas mengamalkan bacaan ini secara konsisten. Namun begitu, setiap individu berbeza dan kesannya juga tidak sama.

Sekiranya seseorang mengalami gangguan kesihatan yang berpanjangan atau bayi menunjukkan simptom seperti demam berulang, sukar bernafas, sawan atau keadaan semakin teruk, segeralah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor.

Bagi mereka yang percaya mengalami gangguan spiritual, bolehlah mendapatkan bantuan daripada perawat Islam yang berkelayakan serta berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Hakikatnya, doa dan zikir merupakan antara amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Namun, ia hendaklah dijadikan sebagai ikhtiar di samping usaha mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya apabila diperlukan.

Semoga setiap usaha yang dilakukan dipermudahkan dan dikurniakan kesembuhan serta perlindungan oleh Allah SWT.

Baca juga: Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Dikurniakan Puteri, Tengku Nadine Amina Zahra Jadi Tumpuan

Sumber: Facebook Daily Tazkirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×