Euforia Bola 2026
Famili

Kembang Tekak Tengok Lauk Sahur Ada Ulat, Punah Harapan Nak Makan Ikan Cencaru!

ikan cencaru berlada

Sepasang suami isteri yang tinggal di Kelantan terkejut apabila melihat ikan cencaru berlada yang dibeli di sebuah gerai Wakaf Zin, Bachok berulat.

Azura memilih untuk membeli juadah ikan cencaru berlada di premis tersebut kerana di situ sahaja yang masih mempunyai banyak lauk.

Baca juga: Setiap Kali Solat Jemaah Saf Wanita Mesti Terputus, Bila Ditegur Kena Jeling Pula!

LOYA TEKAK TENGOK IKAN CENCARU BERLADA UNTUK SAHUR ADA ULAT

ikan cencaru berlada

Harian Metro

Azura membeli tiga jenis lauk termasuk tomyam dan patin tempoyak sebelum pulang ke rumah dan disimpan di dalam peti ais.

“Pagi tadi saya keluarkan ikan cencaru berlada itu dari peti ais dan letakkan di pinggan sebelum panaskannya dalam ketuhar. Saya dan suami bersahur dengan lauk itu dan ketika hampir habiskan nasi, kami ternampak tompokan objek putih di dalam ikan cencaru itu sebelum menguis-nguisnya.

“Alangkah terperanjatnya apabila ia adalah ulat dan kami memeriksa bahagian lain dalam ikan sebelum mendapati ada banyak lagi ulat yang sudah mati, mungkin akibat dipanaskan dalam ketuhar,” jelasnya ketika dihubungi media tempatan.

Dia dan suaminya berhenti menyuap nasi secara serta merta dan minum air kerana berasa loya apabila melihat banyak ulat dalam ikan cencaru berlada tersebut.

Dikatakan ikan cencaru berlada itu boleh berulat kerana mungkin lauk itu sudah dimasak banyak hari dan tidak habis sebelum dipanaskan berulang kali.

“Saya minta mana-mana peniaga makanan agar ikhlas berniaga terutama di bulan Ramadan dan menjaga kebersihan jualan selain jangan panaskan menu berulang kali dengan alasan tidak ingin berdepan kerugian,” katanya.

Baca juga: Viral Video Ibu Zayn Rayyan Di Media Sosial, Polis Terima Maklumat Baharu

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×