Euforia Bola 2026
Didik

Hari Sukan Tapi Kostum Acara Sekolah Tema Makanan Manis & ‘Fast Food’? Cikgu..Jangan Normalisasikan!

Perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebooknya baru-baru ini tampil dengan satu peringatan lembut namun signifikan kepada guru-guru yang sering terlibat dalam penganjuran hari sukan sekolah.

Tidak dinafikan, pelbagai idea, masa serta kos dicurahkan demi mencipta pengalaman yang bermakna kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat satu perkara yang wajar diberi perhatian semula.

Baca juga: Hidung Anak Berdarah & Hingus Bau Busuk, Rupanya Ada Objek ‘Tersimpan’ Hampir 10 Tahun!

KOSTUM HARI SUKAN SEKOLAH TAK SESUAI, JANGAN GUNA FAST FOOD

HARI SUKAN SEKOLAH

Foto: Public Health Malaysia

Perarakan sekolah yang dihiasi dengan kostum berunsurkan minuman manis, aiskrim, kopi bergula atau makanan segera dilihat seolah-olah memberi ruang promosi percuma kepada produk yang sememangnya disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Dalam konteks ini, timbul persoalan sama ada hari sukan benar-benar dimanfaatkan untuk mendidik tentang kesihatan, atau tanpa sedar menjadi medium pemasaran kepada jenama tertentu.

“Ini hari sukan untuk didik anak tentang kesihatan, atau kita sedang tolong jadi papan iklan bergerak untuk jenama yang memang untung besar hasil tabiat makan tidak sihat,” ujarnya.

Hakikatnya, industri makanan dan minuman bukanlah industri kecil kerana sektor ini membelanjakan lebih USD14 bilion setiap tahun untuk tujuan pengiklanan, termasuk kira-kira USD2 bilion yang disasarkan secara langsung kepada kanak-kanak dan remaja.

HARI SUKAN SEKOLAH

Lebih 80 peratus daripada promosi ini tertumpu kepada makanan segera, minuman bergula, gula-gula serta snek yang kurang sihat.

Apabila sekolah menggunakan elemen-elemen ini sebagai maskot atau tema, ia bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya turut menyumbang kepada pendedahan pemasaran kepada golongan muda. Kajian sistematik dan meta-analisis menunjukkan bahawa pendedahan kepada pemasaran makanan tidak sihat boleh meningkatkan pengambilan makanan tersebut, mempengaruhi pilihan dan kesukaan, serta mendorong permintaan pembelian dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Sehubungan itu, sekolah disaran agar tidak menjadi platform yang menormalisasikan atau meraikan produk makanan tidak sihat dalam bentuk yang kelihatan menarik dan menyeronokkan. Sebaliknya, jika matlamatnya adalah untuk meraikan kreativiti, terdapat pelbagai tema yang lebih membina dan mendidik.

“Kalau benar mahu raikan kreativiti, banyak tema yang jauh lebih bermaruah dan lebih mendidik. Tema sukan Olimpik. Wira negara. Tokoh sains. Penyelamat. Flora fauna Malaysia. Tamadun dunia. Bagi anak-anak kagum pada kekuatan, disiplin, ilmu dan identiti negara. Bukan kagum pada cawan air manis gergasi,” ulasnya.

Akhirnya, sekolah berperanan penting dalam membentuk cita rasa dan pemikiran generasi muda. Hari sukan seharusnya menjadi ruang untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, bukan memperkenalkan atau mengukuhkan pengaruh jenama makanan yang tidak menyumbang kepada kesejahteraan mereka.

Baca juga: Detik Cemas Berakhir Lega! PPUM Berjaya Selamatkan Nyawa Remaja 16 Tahun, Alami Salur Darah Bengkak

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×