Euforia Bola 2026
Nur

HARAM Lelaki Lain Pinang Wanita Dalam Iddah, Ibarat Ajak Isteri Orang Nikah!

iddah cerai hidup

Di sisi agama Islam, seseorang wanita yang sedang dalam iddah cerai hidup masih dihukumkan sebagai isteri orang. Di mana, di dalam tempoh iddah tersebut hanya suaminya sahaja yang berhak untuk mengembalikannya menjadi isteri semula.

Maka, haram bagi lelaki lain yang membuat hubungan dengan isteri yang dalam iddah dan lebih haram lagi berjumpa dan berpakat untuk bernikah. Jadi, mari ikuti penjelasan lanjut dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu ini.

Baca juga: Lafaz ‘Bismillah’ Jadi Zikir Bibir Di Setiap Perbuatan, Ini 5 Manfaat Bila Amalkan!

IDDAH CERAI HIDUP

iddah cerai hidup

Gambar: uyairs

ISTERI DALAM IDDAH BERKENALAN DENGAN LELAKI

Soalan:

Apakah hukumnya di sisi agama seorang isteri yang telah bercerai dengan suaminya tetapi masih di dalam iddah dia berkenalan pula dengan lelaki lain dan berjanji akan bernikah selepas habis iddahnya?

Jawapan:

Seorang perempuan yang berada dalam iddah selepas bercerai dengan suaminya, masih lagi dihukumkan sebagai isteri orang dan hanya suaminya yang berhak untuk mengembalikannya menjadi isterinya semula.

Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

Firman Allah Taala:

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلاحا

Artinya: “Dan segala suami mereka (isteri-isteri yang diceraikan) lebih berhak dengan mengembalikan mereka kepada nikah pada masa iddah itu jika mereka hendak berbaik.” (Baqarah : 228)

Oleh kerana itu, haram perempuan itu berkenalan dengan lelaki lain atau berjanji hendak bernikah dengan lelaki lain kerana dia masih berstatus sebagai isteri orang di dalam iddah.

Dan haram pula mana-mana lelaki yang meminangnya atau yang berjumpa dengan perempuan itu atau berhubung dengannya tanpa izin suaminya.

Baca juga: Kisah Sejarah Hebat 6 Tiang Raudhah Dalam Masjid Nabawi, Ramai Yang Belum Tahu Rupanya…

Baca juga: Kenali 10 Ciri WANITA MATANG, Paling Penting Tak Ada Perangai Kuat ‘Bitter’!

Wajib minta ampun dari suaminya

Berkata Imam Nawawi:

وَأَمَّا التَّعْرِيضُ فَيَحْرُمُ فِي عِدَّةِ الرَّجْعِيَّةِ
Artinya: “Dan ada pun meminang maka haram ia pada masa edah raj’ie.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Maksudnya ketika seorang perempuan itu masih berada dalam iddah dengan suaminya, haram baginya berpakat hendak bernikah dengan lelaki lain. Hal ini kerana, mengajak perempuan ini bernikah pada masa iddah ini adalah sama seperti mengajak isteri orang bernikah.

Begitu juga haram mana-mana lelaki membuat hubungan dengan isteri yang dalam iddah dan lebih haram lagi berjumpa dan berpakat untuk bernikah.

Dan yang lebih parah lagi apabila keluarga turut bersetuju dan memberi sokongan supaya anak perempuannya yang masih isteri orang itu bernikah pula dengan lelaki pilihan mereka.

Wajib atas isteri tersebut meminta ampun dari suaminya dan wajib pula atas lelaki itu serta kaum kelurga yang menyokong supaya bertaubat kepada Allah.

Tersebut pada Himpunan Fatwa Negeri Mesir :

اتفق الفقهاء على أنه يحرم التصريح أو التَّعريض بخطبة المعتدة الرَّجعية؛ لأنَّها في معنى الزوجية؛ لعودها إلى النِّكاح بالرَّجعة

Artinya: “Telah sepakat ulamak fiqah atas sungguhnya haram meminang secara jelas atau sindiran akan isteri orang yang sedang berada dalam iddah raj’ie kerana suami boleh kembali kepada nikah dengan rujuk.” (Darul Ifta’ Mesir)

Wallahua’lam.

Baca juga: Tular Kaedah Ruqyah Rendam Kertas Ayat Suci Al-Quran & Diminum, Mufti Jelaskan Hukumnya!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: learnreligions

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×