Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan sebanyak lebih 100,000 alamat IP dari Malaysia telah dikesan mengakses laman web berkaitan pornografi kanak-kanak sepanjang tahun 2024.
Ia merupakan satu angka yang amat membimbangkan dan menuntut tindakan tegas pihak berkuasa.
Baca juga: Gadis 14 Tahun Hilang 4 Hari, Ditemui Bersama ‘Teman Lelaki’ Usia 47 Kenal Dalam Online Game!
10,000 IP MALAYSIA AKSES LAMAN PORNOGRAFI KANAK-KANAK

SHAMSUL Anuar Nasarah. FOTO Bernama.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dan sedang mengambil langkah drastik bagi membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak secara dalam talian.
Menurut Dr Shamsul, antara tindakan yang telah dilaksanakan termasuk Op Pedo Bersepadu PDRM-MCMC, hasil kerjasama erat antara PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Operasi ini bertujuan melumpuhkan rangkaian pengendali serta pengakses laman web lucah melibatkan kanak-kanak.
“Dalam operasi ini, seramai 13 individu telah ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.
KDN turut melaporkan bahawa operasi rentas negara juga dijalankan melalui ‘Operation Cyber Guardian’, melibatkan enam negara iaitu:
- Malaysia
- Singapura
- Thailand
- Hong Kong
- Korea Selatan
- Jepun
Melalui operasi ini, empat individu berjaya ditahan dan sedang didakwa mengikut seksyen yang sama.
Shamsul turut memaklumkan bahawa PDRM dan MCMC terus menyekat laman web yang mengandungi bahan eksploitasi seksual kanak-kanak, sambil bekerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.
Antaranya, PDRM kini merupakan anggota Violent Crime Against Children International Task Force (VCACITF), satu pasukan khas antarabangsa yang diterajui oleh Federal Bureau of Investigation (FBI).
“(Pasukan ini) memberi fokus kepada usaha memerangi eksploitasi seksual dan pemerdagangan kanak-kanak dalam talian,” jelas beliau.
Pengesanan lebih 100,000 alamat IP dari Malaysia yang mengakses laman web lucah kanak-kanak ini menunjukkan betapa pentingnya peranan semua pihak.
Bukan sahaja penguat kuasa, malah ibu bapa, pendidik dan masyarakat awam dalam melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual digital.
Dengan pelaksanaan operasi bersepadu, kerjasama rentas agensi dan tindakan tegas terhadap pelaku, kerajaan komited untuk memastikan Malaysia bebas daripada gejala jijik ini.
Baca juga: Dah 81 Hari Remaja Hilang, Ibu Yakin “Adik Nak Balik Tapi Ada Orang Tahan!” Pulanglah Anak
Sumber: Harian Metro
Ft Image: AI
