Euforia Bola 2026
Inspirasi

Bayi Baru 30 Hari Ikut Pergi Konvo, Raikan Kejayaan Ibunya Rangkul 2 Anugerah Tertinggi UniSZA!

ibu muda

Keazaman seorang ibu muda yang baru melahirkan anak untuk hadir ke majlis konvokesyen membuahkan hasil membanggakan, apabila Nurshafikah Abd Manaf, 26, dinobatkan sebagai penerima dua anugerah tertinggi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas kecemerlangannya sepanjang pengajian.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Risiko dan Takaful) itu berjaya meraih Anugerah Terbaik Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (Pingat Al-Khawarizmi) serta Anugerah Khas Kecemerlangan Industri sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-17 yang berlangsung Selasa lalu.

Baca juga: Pemain Catur Muda Malaysia Juara Di Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Asia Ke-19, Tewaskan Peserta 16 Negara!

IBU MUDA BERPANTANG RANGKUL 2 ANUGERAH TERTINGGI UniSZA

ibu muda

Gambar UniSZA: Nurshafikah Abd Manaf bersama suami dan anaknya yang baru berusia 30 hari.

“Saya masih dalam pantang tapi tak sanggup lepaskan momen ini. Dapat dua anugerah pada hari yang sama memang satu sejarah hidup saya,” katanya seusai majlis konvokesyen tersebut.

Nurshafikah berkongsi bahawa pada Januari lalu, ketika berada di semester akhir, beliau disahkan hamil dan terpaksa menduduki peperiksaan walaupun keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan.

“Saya jawab sekadar termampu. Tak sangka hari ini diberi rezeki sebegini besar. Saya anggap semuanya rezeki anak dan hadiah daripada Allah selepas usaha bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.70 serta pencapaian sebagai pelajar dekan selama tujuh semester berturut-turut, perjalanan akademik Nurshafikah tidak mudah. Beliau mengakui keletihan dan alahan di awal kehamilan sering kali menjejaskan tumpuan serta emosinya.

“Ada masa memang rasa nak mengaku kalah sebab badan lemah dan emosi tak stabil, tapi saya kuatkan semangat atas dorongan suami dan keluarga,” kongsinya.

Baca juga: Dari Remaja Buat Bedak Sejuk Tradisional, Kini Usia 80 Tahun, Produk Puan Saad Berjaya ‘Terbang’ Ke Jepun!

ibu muda

Gambar UniSZa.

Nurshafikah dan suaminya, Hanis Mohd Naim, 26, mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu. Hanis kini bekerja sebagai jurutera sambil melanjutkan pengajian separuh masa di UiTM.

“Suami banyak bantu dari segi kewangan dan semangat. Selain kerja tetap, dia juga buat kerja sambilan sebagai pemandu e-hailing untuk tampung perbelanjaan saya semasa belajar,” katanya.

Kejayaan itu menjadi lebih bermakna apabila Nurshafikah hadir ke konvokesyen bersama bayi sulungnya yang baru berusia 30 hari bagi meraikan detik bersejarah tersebut.

“Penat itu memang ada, tapi semua hilang bila saya dapat berdiri di pentas dengan anak di sisi,” katanya tersenyum.

Baca juga: Pernah Dibuli, Murid Tahun 2 Bangkit Cipta Malaysia Book of Records Pakai Kasut Berpaku Lakukan Karate Kata

Sumber: Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi

FT Image: Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×