Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas ibu kandungnya sendiri hempas anak berkenaan sebanyak 10 kali ke lantai.
Menurut Ketua Polis Tapanuli Selatan (Tapsel), AKBP Yasir Ahmadi, insiden berkenaan berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 1 petang waktu tempatan, di rumah keluarga terbabit yang terletak di kawasan perumahan sebuah ladang.
Baca juga: Putri Qisya Kini Anak Angkat MARA, Bakal Jejaki MRSM Seperti Hasrat Arwah Ibu…
IBU HEMPAS ANAK 11 BULAN HINGGA MAUT, STRES KERANA KELAPARAN

Freepik
Semasa kejadian, difahamkan mangsa menangis kerana kelaparan. Namun ibu bayi berkenaan hanya memberikan air masak kerana kehabisan susu formula.
“Anaknya menangis hampir setengah jam kerana lapar. Ibu itu kemudian hilang sabar, lalu menarik kedua-dua kaki bayinya dan menghempas ke lantai sebanyak 10 kali,” jelas Yasir dalam satu sidang media pada Selasa.
Setelah kejadian itu berlaku, si ibu memanggil jiran-jirannya untuk meminta pertolongan dan menyampaikan bahawa anaknya dalam kondisi lemah dan berdarah.
Mangsa ketika itu dalam keadaan kejang segera dikejarkan ke hospital oleh penduduk, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.
Hasil siasatan pihak polis dan hospital mendapati kepala bayi berkenaan pecah akibat hentakan kuat ke lantai. Ibu juga telah mengaku membanting anaknya sendiri sebanyak 10 kali.
Suspek ditahan sejurus selepas kejadian dan kini telah ditetapkan sebagai tertuduh serta ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kejadian ini berlaku di Kabupaten Padang Lawas Utara (Paluta) Sumatera Utara, Indonesia.
Baca juga: Suami Jangan ‘Skip’ Cium 5 Bahagian Tubuh Isteri Ini, Baru Cinta Makin Mekar Setiap Hari!
Sumber: Detik
